20
Rab, Sep

MIRI - Jalan Utama Tudan yang mempunyai empat lorong dan sepanjang 3.5 kilometer telah dirasmikan Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, projek naik taraf jalan tersebut yang menelan belanja sebanyak RM42.8 juta itu hanya akan dibuka kepada orang ramai pada bulan depan ekoran terdapat beberapa kerja-kerja akhir melibatkan  lampu jalan yang terpaksa disiapkan semula. 

Hadir sama di majlis itu, Datuk Bandar Miri Adam Yii, jurutera-jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan LAKU Sdn Bhd.

Terdahulu, projek tersebut telah dirasmikan pembinaannya oleh bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong pada 12 Ogos 2015 lepas.

Siapnya jalan ini akan mengurangkan kesesakan teruk lalu lintas yang serius terutamanya pada waktu puncak sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya di sekitar Tudan, Senadin, Poliklinik Tudan, Pasaraya Emart dan SK Tudan di berhampiran. -KLXpress/LauLeeHie-

KUCHING – Yayasan Sarawak Pejabat Kuala Lumpur (YSKL) telah melawat para pelatih di bawah tajaan Yayasan Sarawak yang mengikuti Kursus Perancah (Tahap Satu) kelolaan SR Scaffold Resources di ADTEC Kemaman Terengganu, baru-baru ini.

Dalam lawatan berkenaan, seramai 28 orang pelatih daripada negeri ini Sarawak yang sedang mengikuti latihan bermula 7 September yang lalu telah menerima dokumen perjanjian Biasiswa Pinjaman Latihan Teknikal Yayasan Sarawak.

Lawatan berkenaan telah diketuai oleh

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Yayasan Sarawak memperuntukan sejumlah RM20 juta bagi tempoh lima tahun untuk membiayai pelajar yang yang kurang berkemampuan di Sarawak dan layak melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg, dana khas tersebut akan mula diberikan bermula awal tahun depan dengan peruntukan sebanyak RM4 juta setahun bagi membantu sekurang-kurangnya 40 orang pelajar.

Baca Selanjutnya...

SARIKEI - Penubuhan Sarikei Innovation Center (SIC) adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi memacu dan mengukuhkan transformasi ekonomi digital belia di Sarawak.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datu Len Talif Salleh berkata, pengenalan ekonomi digital di Sarikei membolehkan bahagian tengah Sarawak ini beralih kepada ekonomi berasaskan pertanian sekaligus meningkatkan aktiviti ekonomi penduduk tempatan.

"SIC dan ekonomi digital yang

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Kerajaan negeri mahu pengisian doktor tempatan ditingkatkan dalam masa terdekat.

Ketika ini Sarawak memerlukan 7,282 doktor untuk setanding dengan nisbah kebangsaan, dengan populasi yang dijangkakan seramai tiga juta orang menjelang 2020.

Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang berkata ketika ini, nisbah doktor kepada populasi adalah 1:800 di Sarawak manakala nisbah doktor kepada populasi 1:656 di Malaysia, dengan sasaran Sarawak mencapai nisbah 1:400 menjelang 2020.

Daripada 3,282

Baca Selanjutnya...

SARIKEI - Kerajaan Negeri meluluskan peruntukan bagi mewujudkan sebuah taman agro pertanian di bahagian ini sebagai satu pendekatan serta melonjakkan potensi Sarikei sebagai pengeluar makanan Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg berkata, taman agro yang pertama seumpamanya di Sarawak itu akan dibangunkan dengan cara teknologi baharu dalam industri pertanian.

Pada peringkat permulaan katanya, kerajaan memperuntukan tanah seluas 500 hektar bagi

Baca Selanjutnya...

SARIKEI - Rakyat Sarawak perlu membuka minda dan bersedia menerima pembaharuan berhubung dengan perkembangan sektor perniagaan yang semakin meluas dan bersandarkan kepada tekonogi maklumat (IT).

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg berkata, pembaharuan dari ekonomi tradisional kepada ekonomi digital akan menjulang ekonomi Sarawak pada suatu tahap yang lebih tinggi.

"Penggunaan IT khususnya telefon pintar amat besar pengaruhnya kepada

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..