22
Kha, Feb

KUCHING - Adik Addi Asyraaf Mohamad Missbahuddin a tau lebih mesra dipanggil "adik", 10 tahun yang suatu ketika pernah dipangku dan berbual bersama Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semasa berkunjung ke Sarawak pada April 2016 telah meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Jenazah adik Addi Asyraaf telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panglima Seman Ulu pada hari yang sama.

Rentetan itu, Najib dalam entri di twitternya @NajibRazak menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga Addi Asyraaf Mohamad Missbahuddin yang telah meninggal dunia.

"Innalillahiwainnailaihirajiun. Saya masih ingat April 2016, saya berpeluang bertemu Addi Asyraaf, cukup gembira dia hari itu.

"Ibunya kata, memang impian Allahyarham nak berjumpa dengan saya.

"Takziah kepada keluarga, saya doakan roh Addi dicucuri rahmat. Al-fatihah," katanya.

Pada 24 April 2016, Najib bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah melawat Addi Asyraaf yang menghidap Sindrom Allagile di kediamannya di Kampung Bintawa Tengah, Kuching.

Kesediaan Perdana Menteri bertemu dengan Addi selepas permintaannya untuk bertemu dengan idolanya tular di media sosial.

Dalam

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Seorang pelajar di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan seorang lagi penganggur ditahan oleh sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Ibu Pejabat Kontijen (IPK) kerana memiliki dadah jenis ganja, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak, Superintendan Sahar Abdul Latif berkata suspek yang merupakan pelajar IPT berbangsa Kayan ditahan bersama satu bungkusan dan seorang lagi rakan suspek berbangsa Iban yang juga penganggur ditahan di

Baca Selanjutnya...

SRI AMAN - Dua lelaki disahkan maut manakala dua lagi mangsa yang juga lelaki mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di KM 13 Jalan Sri Aman/Sarikei, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 9.15 malam itu, dua mangsa disahkan maut di tempat kejadian.

Menurut Superitendan Alexson Naga Chabu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak, dua yang maut dikenali sebagai Shaufik Fazrul bin Jos, 24 tahun dari Kampung Kolong Kuching

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Dakwaan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) wujudnya unsur rasuah atau mengatur perlawanan ketika Sarawak kecundang kepada Felcra FC Sabtu lepas, ada asasnya apabila dua pemain bola sepak Sarawak ditahan bersama seorang lelaki dipercayai 'bookie' direman selama enam hari.

Ketiga-tiga individu tersebut iaitu pemain beusia 29 tahun, dan 28 tahun, bersama seorang lelaki yang dipercayai bookie, telah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di antara 7.15 malam hingga 7.55

Baca Selanjutnya...

SRI AMAN - Seorang disahkan maut manakala lima orang lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM105 Jalan Kuching/ Sri Aman pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengahari itu, kemalangan membabitkan dua buah kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Axia dan kereta Proton Saga telah bertembung secara hadapan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Sarawak Superidentan Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal di lokasi

Baca Selanjutnya...

Pejam celik, esok (hari ini) sudah Tahun Baharu Cina. Berdasarkan kalender masyarakat Cina, tahun 2018 merupakan Tahun Anjing Bumi bermula 16 Februari ini sehinggalah 4 Februari tahun depan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina,  elemen bumi yang menjadi unsur dominan pada tahun ini adalah menunjukkan pentingnya nilai keadilan dan kesetaraan.

Tahun Anjing Bumi 2018 akan membawa kejayaan bagi mereka yang memiliki kemurahan hati, integriti dan kejujuran yang tinggi.

Secara kebetulan pada tahun

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Ekonomi digital menjadi tunjang kepada pembangunan Sarawak dalam melonjak pembangunan dalam bandar dan luar bandar bagi mencapai negari maju tahun 2030.

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, dalam setahun yang lepas beliau telah menggariskan beberapa pendekatan untuk mencapai hasrat menjadi negeri maju 2030 berlandaskan ekonomi digital.

Abang Zohari menjelaskan Kerajaan Sarawak terus komited terhadap usaha

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..