12
Sel, Dis

KUCHING - Seorang lelaki hampir maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaikinya melanggar pokok yang tumbang di atas jalan raya di sini, semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce apabila 4WD yang bergerak dari arah Jalan Batu 3 menghala ke pusat bandar raya dikatakan tidak sempat mengelak lalu melanggar pokok yang tumbang sekitar jam 2 pagi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya yang menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.19 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 2.28 pagi. 

"Bomba telah menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang seramai enam orang diketuai Pegawai Bomba Arisi Arshad. 

“Sampai di lokasi didapati dahan pokok besar jatuh di tengah jalan raya yang menghalang lalu lintas dan ketika itu sebuah kenderaan 4WD melanggar pokok tersebut.

“Bagaimanapun, pemandunya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di sini semalam. 

Kenderaan 4WD telah dialih dengan bantuan rakan mangsa dan kerja pemotongan dahan pokok tersebut terus dijalankan. 

“Bomba kemudiannya telah melakukan kerja-kerja memotong dan

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah diberikan kelulusan oleh Kementerian Pengangkutan untuk menggunakan 10 set pengunci tayar kenderaan bagi mencegah parkir secara haram pada tahun depan.

Datuk Bandar DBKU Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata penguatkuasaan ini akan dimulakan pada tahun depan selepas menerima kelulusan secara bertulis daripada kementerian tersebut.

"DBKU akan melaksanakan penggunaan penjana roda bermula tahun depan.

"Ini akan dilaksanakan selepas

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Persatuan Penyelidikan dan Pergerakan Pembangunan Singai Sarawak (REDEEMS) mempelawa orang ramai hadir ke Karnival Pra Krismas 2017 yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok di Kampung Apar Singai, Bau.

Presiden REDEEMS Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, pelbagai acara menarik menanti pengunjung sepanjang karnival itu berlangsung antaranya gerai jualan makanan tempatan, kraftangan, cenderahati Krismas, persembahan koir Krismas dan banyak lagi.

"Saya mengalu-alukan

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail dan rombongan mengadakan lawatan kerja ke India bermula 5 sehingga 11 Disember ini.

 Lawatan pertama beliau dan rombongan adalah ke Jabatan Penternakan Haiwan di Maharashtra Gokhale Nagar, Mumbai yang bertujuan untuk meninjau dan mempelajari kaedah sektor penternakan kerbau tenusu di India.

Mereka juga diberi taklimat mengenai keseluruhan proses bermula dari pengeluaran ladang, pemasaran produk dan langkah-langkah untuk memastikan

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg telah mengadakan lawatan ke ibu pejabat FiberHome, penyedia penyelesaian teknologi maklumat terkemuka dunia di China, semalam.

Abang Zohari bersama para delegasi yang hadir telah diberikan taklimat mengenai operasi syarikat tersebut.

FiberHome merupakan sebuah syarikat terkemuka dunia yang menyediakan penyelesaian dalam empat bidang utama iaitu komunikasi serat optik, komunikasi rangkaian

Baca Selanjutnya...

SIBU - Seorang budak perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menyembunyikan kelahiran dan membuang bayinya telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Perkara ini telah disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sibu, Superitenden Martin Khoo pada petang semalam.

Bagaimanapun, teman lelaki suspek berusia 15 tahun masih lagi dalam tahanan polis bagi membantu siasatan.

"Suspek direman lima hari sehingga 11 Disember ini," katanya. 

Sementara itu, bayi lelaki yang berjaya ditemui kini di bawah

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Tindakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mahu berdebat dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Johari Tun Datuk Abang Openg mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah bercanggah dengan persetujuan Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak sendiri bersetuju bahawa hak serta kepentingan Sarawak dan Sabah yang terhakis sebelum ini

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..