17
Kha, Ogs

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak komited dalam membanteras kegiatan pembalakan haram yang berlaku di negeri ini.

Ianya sejajar dengan dasar kerajaan negeri yang mahu memastikan isu pembalakan haram di negeri ini dibanteras habis-habisan.

Komander PPM Wilayah 5 Asisten Komisioner Salehuddin Mat Zaman berkata, ianya juga merupakan hasrat Ketua Menteri Sarawak yang mahu memastikan negeri ini bebas dari kegiatan pembalakan haram berkenaan.

“Sejajar dengan dasar kerajaan negeri Sarawak untuk membanteras kegiatan pembalakan haram ini secara besar-besaran. 

“Begitu juga dengan hasrat Ketua Menteri Sarawak yang meminta Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Sarawak bagi membantu Jabatan Hutan Sarawak menangani isu ini.

“Jadi PDRM yang terlibat di dalam menangani isu pembalakan haram di perairan adalah Polis Marin dan di hutan adalah Pasukan Gerakan Am di samping polis di daerah-daerah yang ada isu pembalakan ini secara haram,” katanya dalam sidang media selepas menyempurnakan majlis Perhimpunan Bulanan Komander PPM Wilayah 5 di sini, pagi tadi.

Justeru katanya, PPM akan terus memantau kesemua kawasan pesisir atau tebing sungai dan tepi-tepi pantai yang telah dikenal

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Selepas mengumumkan penubuhan syarikat minyak milik kerajaan negeri Sarawak Petros, Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan pelantikan ahli-ahli lembaga Development Bank of Sarawak (DBOS).

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak mendedahkan nama-nama Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif DBOS sebaliknya hanya memberitahu bank itu akan beroperasi tidak lama lagi.

Seperti syarikat Petroleum Sarawak (Petros), Ahli-Ahli Lembaga Pengarah DBOS juga terdiri daripada kalangan

Baca Selanjutnya...

SARIKEI - Forum Belia Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) dilihat medium terbaik dalam menyampaikan maklumat berkenaan dengan perancangan, dasar atau gagasan kerajaan negeri Sarawak kepada golongan belia pada masa kini.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, menerusi forum sebegini belia berpeluang berkomunikasi secara langsung dengan ahli panel berhubung dengan isu-isu semasa dan peranan yang boleh dimainkan belia

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Remaja berumur 16 tahun antara yang ditangkap dalam serbuan yang dilakukan oleh polis berkaitan penjualan loteri tanpa lesen di sini, semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan di empat lokasi berbeza di sekitar Bandar Baru Samariang dan Jalan Ang Cheng Ho polis turut menahan empat individu yang terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata kesemua individu berkenaan ditangkap di antara jam 3.30 hingga 5.25 petang semalam.

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Sarawak kini secara rasmi mempunyai syarikat minyaknya sendiri yang dikenali Petros, umum Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg di sini, malam kelmarin.

Beliau mengumumkannya di Majlis Makan Malam Penghargaan anjuran Pejabat Ketua Menteri yang dihadiri menteri-menteri serta kakitangan kementerian dan pejabatnya di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama.

“Malam ini (kelmarin), saya ingin memberitahu anda bahawa kita telah menubuhkan syarikat

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari sebuah bangunan perniagaan di kawasan Batu Kawa di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 1.30 petang itu, mangsa Chai Tak Foh, berumur 37 tahun dari Taman BDC Stampin disahkan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas terjun dari bangunan di Upper Courtyard.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan berkata pihak polis telah menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan tentang kejadian

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Selepas dibenarkan memasuki Sarawak Sabtu lepas Ketua Wanita dan Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memasuki sekarang secara kerap dalam tempoh sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke 14 akan datang.

Ini disuarakan selepas beliau menghadiri Majlis Silaturahim Bersama Keadilan Rumah Terbuka MPN Sarawak Bersama Pemimpin Utama Pusat di perkarangan Pejabat PKR Cabang Petra Jaya di sini, malam Sabtu lepas.

“Sekarang ini saya tidak lagi dihalang memasuki Sarawak

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..