BINTULU - Rakyat diingatkan jangan terlalu percaya maklumat dan kandungan yang ditularkan pembangkang dalam media sosial.
Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Asia Timur merangkap Presiden Parti Demokratik Parti (PDP) Dato' Seri Tiong King Sing berkata adalah menjadi kebiasaan pembangkang yang kerap cuba memberikan imej yang negatif kepada rakyat biarpun ia tidak benar dan palsu.
"Apa yang ditularkan pembangkang di media sosial itu tidak benar dan cuba memberikan imej negatif kepada Barisan Nasional (BN).
"Justeru, rakyat harus bersikap matang dengan menilai dahulu sesuatu berita yang ditularkan dalam media sosial agar tidak terus terpengaruh," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Penubuhan Persatuan Tuai Rumah Kawasan Jepak di Restoran Dinner World, di sini malam ini.
Turut sama hadir Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Kawasan Samalaju Tr. Galin Anak Andam, Ketua Politik PDP P.217 Bintulu merangkap Pengerusi PDP Kemena Ukar Kelayang, Pengerusi PDP Samalaju Hilary Mawan dan Tuai-tuai rumah di kawasan Samalaju.
Tiong turut menasihatkan rakyat untuk terus memberikan mandat besar kepada BN pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini.
"Teruskan sokongan