26
Kha, Apr

KUCHING - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang menyeru penduduk setempat untuk memilih calon yang mempunyai nilai kepimpinan yang tinggi pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) kelak.

Beliau yang berucap pada Program Sesi Dialog bersama penduduk di Kampung Sudat semalam menyatakan pemimpin perlu menunjukkan sikap yang baik kepada rakyat dengan tidak menggunakan bahasa yang kasar ketika berucap.

"Ini penting bagi seorang pemimpin yang untuk memimpin negara bukan seperti pihak pembangkang yang sering menggunakan bahasa yang kasar dalam ucapan mereka yang boleh memburukkan imej negara di luar," katanya.

Beliau yang hadir pada dialog semalam bagi mengenal pasti permasalahan dan bertemu dengan penduduk untuk  membantu dan menerangkan segala apa permasalahan yang timbul.

"Teruskan memberi sokongan yang padu kepada Barisan Nasional  pada PRU 14, pilihlah calon BN yang mampu untuk membantu rakyat," ujarnya lagi.

Dalam pada itu juga, beliau turut  memaklumkan projek menaiktaraf sistem perparitan dan jalan akan dilakukan di Kampung Sudat pada minggu depan.

Hadir bersama pada sesi dialog berkenaan KK Dr. Tulik Kampung Sudat dan Datuk Alfred Yap.

KUCHING – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumaham Sarawak Datuk Dr. Sim Kui Hian menyeru agar pengundi tidak mempercayai kata-kata pemimpin Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang hanya cakap kosong sahaja.

Menurut beliau DAP hanya lantang bersuara tetapi apa yang mereka buat hanya cakap kosong tanpa sebarang tindakan di ambil untuk membantu rakyat.

“DAP hanya pandai cakap kosong sahaja, jangan percaya dengan kata-kata mereka kerana SUPP sudah terbukti membantu rakyat sejak dulu lagi.

“DAP

Baca Selanjutnya...

LIMBANG - Sebanyak RM75,000 wang ihsan telah diagihkan kepada 150 keluarga penerima yang terjejas akibat banjir di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Gumbang berkata, bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga itu yang membabitkan mangsa yang terbabit dengan bencana banjir pada Disember tahun lepas sehingga Februari tahun ini.

"Penerima bantuan ini terdiri daripada mereka yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Persoalan ketika ini siapakah calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Puncak Borneo dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) ini selepas penyandangnya Datuk Seri James Dawos Mamit tidak akan mempertahankan kerusi itu atas faktor kesihatan.

Parlimen Puncak Borneo adalah milik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan diberikan kepada Pesaka yang diwakili kaum Bidayuh.

Menurut salah seorang Ketua Masyarakat yang ditemui yang enggan namanya disiarkan, ramai

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Parti Islam SeMalaysia (PAS) akan mengumumkan calon-calon parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU14) Sabtu ini.

PAS dalam satu kenyataan medianya berkata, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir di majlis tersebut pada jam 4 petang di Pejabat Perhubungan PAS Negeri, di Matang Jaya, di sini.

Terdahulu, Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee baru-baru ini pernah memaklumkan akan mengumumkan dan memberikan bayangan kerusi Parlimen mana yang pernah ditandinganinya.

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Kerajaan bersetuju memperuntukkan sebanyak RM6 juta bagi melaksanakan projek sistem pam air bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi penduduk di Taman Sejoli.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar berkata, kawasan tersebut kerap kali mengalami banjir kilat setiap tahun ekoran hujan lebat disebabkan sistem perparitan yang kurang efisien.

"Sekiranya hujan lebat dalam tempoh dua atau tiga jam, ia akan banjir disebabkan sistem perparitan

Baca Selanjutnya...

SIBU - Dahulunya melabelkan pelbagai nama dan gelaran, tetapi kini menjadi pemimpin kepada pembangkang yang suatu ketika menjadi lawannya.

Atas sebab itu, pembangkang yang kini memakai nama Pakatan Harapan yang dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 'membawa' bekas Perdana Menteri 22 Tahun Tun Mahathir dan disifatkan sebagai parti yang tiada prinsip.

Melihat kepada situasi itu, Ketua

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..