12
Sel, Dis

KUCHING - Sarawak mengikut lunas undang-undang dan Perlembagaan bagi membincangkan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bukannya melayan berdebatan yang dianggap sebagai tidak berfaedah.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata, rundingan bersama Kerajaan Persekutuan selama ini telah mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan bersetuju untuk menyerahkan hak Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63.

"Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mahu berunding dengan kita (Sarawak) dan beliau telah beberapa kali menyatakan bahawa apa yang dimiliki Sarawak adalah hak Sarawak dan akan diberi kepada Sarawak. 

“Namun, ada juga seorang individu tiba-tiba mahu berdebat dengan saya, itu hal beliau... tapi bagi Sarawak, kita ada hak untuk berunding.

“Untuk apa berdebat dengannya, ia seolah-olah macam kerenah anak kecil (kebudak-budakan)... kita Sarawak ada maruah dan ada cara untuk kita berunding dengan orang,” katanya.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 1 Kuching di Pusat Konvensyen Penview di

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pendikar Amin Mulia mempunyai hak untuk mengemukakan pandangan peribadi tetapi tidak mempunyai hak untuk mencabar Ketua Menteri Sarawak berdebat mengenai MA63.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, beliau berhak mengemukakan pandangan peribadi berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), tetapi tidak ada keperluan untuk mengajar rakyat Sarawak mahupun mencabar Ketua Menteri Sarawak berdebat mengenai MA63.

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Sejumlah 128 kontigen yang membabitkan seramai 5,279 orang peserta terdiri daripada agensi kerajaan badan berkanun dan beruniform, syarikat swasta, institusi pengajlan tinggi, sekolah, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) wakil-wakil masjid dan surau telah menyertai Majlis Perhimpunan dan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak 1439H/2017M yang berlangsung di Dataran Perayaan Kuching, pagi tadi.

Selain itu, ianya juga turut melibatkan petugas dari Anggota Tentera

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Kecekapan anggota No 18 Skn, Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) yang berjaya membaiki pesawat F/A-18D Hornet dalam masa yang singkat selepas pesawat itu mengalami masalah pada ‘Nose Landing Gear Indicator’ Selasa lepas membuktikan mereka berada dalam keadaan siap sedia.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan TUDM petang tadi, pesawat F/A-18D itu telah berjaya dibaiki dan berlepas pulang ke Pangkalan Udara Butterworth dengan selamat.

“Pesawat F/A-18D yang mengalami kerosakan pada

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Enam orang mangsa kesemuanya wanita dalam lingkungan umur 11 hingga 63 tahun berjaya diselamatkan selepas terkandas di kaki Gunung Santubong di sini, malam semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri Sarawak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya yang menerima panggilan kejadian mencari dan menyelamat mangsa terkandas di Gunung Santubong pada 6.40 petang telah menggerakkan aset dan keanggotaan ke tempat

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Golongan graduan dan mereka yang mempunyai bakat tertentu yang lahir dan ada di negeri ini merupakan golongan yang penting dan perlu dikekalkan di negeri ini.

Ianya penting demi memastikan kejayaan berkaitan dengan perancangan ekonomi digital Sarawak. 

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg berkata graduan kita merupakan faktor penting kepada perancangan kita ke arah menuju ekonomi digital yang berjaya.

“Kita melatih orang

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Sebanyak 7 buah geng atau kumpulan yang dipercayai telah melakukan pelbagai aktiviti jenayah di daerah ini telah berjaya ditangkap dan ditumpaskan oleh Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Daerah Kuching.

Geng-geng tersebut ditangkap kerana mempunyai rekod jenayah seperti merompak di stesen minyak dan kedai serbaneka, mencuri dalam bangunan, samun hotel bajet dan tidak kurang juga melakukan aktiviti mencuri motosikal.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Polis (ACP) Abang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..