22
Ahd, Jul

MIRI: Murid-murid di luar bandar khususnya mereka yang memerlukan terus mendapat perhatian kerajaan menerusi bantuan pendidikan bertujuan meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga.

Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang berkata bantuan bagi memastikan murid-murid daripada keluarga miskin dari kawasan pinggir bandar dan luar bandar meneruskan persekolahan mereka tanpa halangan kerana masalah kewangan.

“Bantuan tidak berhenti tahun ini sahaja. Ia diteruskan bagi membantu murid-murid yang memerlukan,” katanya ketika menemui murid dan ibu bapa SK Kampung Beraya menerima bantuan pakaian sekolah di sini, semalam.

Ahmad Lai berkata, sekolah tersebut merupakan antara 50 sekolah rendah di kawasan Parlimen Sibuti menerima bantuan pendidikan di bawah peruntukan berjumlah RM300,000.

Projek dikenali ‘Kembali Ke Sekolah’ di bawah Program Membantu Rakyat (MEMBARA) Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sibuti.

Selain sepasang pakaian seragam sekolah, murid-murid juga menerima sumbangan sepasang stokin dan sepasang kasut.

Beliau menambah, kebanyakan sekolah menerima bantuan itu yang diagihkan bermula 30 November lalu.

“Kami juga mengagihkan bantuan buku

Baca Selanjutnya: Bantuan Persekolahan Ringankan Beban Ibu Bapa Menjelang Pembukaan Sesi Persekolahan

MIRI: Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Sarawak berharap semua peruntukan yang diumumkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) digunakan sepenuhnya untuk tujuan pembangunan luar bandar.

Pesuruhjaya PAS Sarawak Jofri Jaraiee berkata ia adalah bagi memastikan peruntukan itu digunakan untuk menaik taraf kehidupan rakyat luar bandar seperti pembangunan infrastruktur dan sebagainya.

“Kerajaan mengumumkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan infrastruktur luar bandar, tetapi malangnya masih

Baca Selanjutnya: PAS Sarawak Harap Peruntukan Pembangunan Luar Bandar Digunakan Sebaiknya

KUCHING: Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan berusaha sedaya upaya memastikan kesemua lapan kerusi majoriti Bidayuh termasuk dua kerusi baharu di Bukit Semuja dan Serembu dimenangi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Naib Ketua Pemuda PBB Stanley Sila berkata ini amat penting bagi memastikan masyarakat Bidayuh terus diwakili dalam kerajaan BN.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan ADUN Tarat merangkap Ketua PBB Tarat dan Timbalan Speaker Dewan

Baca Selanjutnya: PBB Mahu 8 Kerusi Majoriti Bidayuh Dimenangi BN

KUCHING - Kerajaan Negeri Sarawak akan mengadakan sambutan Tahun Baharu 2016 secara besar-besaran serentak dengan pemansuhan tol Jambatan Tun Salahuddin yang berakhir hingga detik 12 tengah malam.

Pemansuhan tol Jambatan Tun Salahuddin itu menandakan Sarawak bebas tol pada tahun 2016.

Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Misnu Taha berkata detik cukup bermakna itu akan disambut penuh gemilang kerana tepat jam 12 tengah malam pada 31 Disember ini, kutipan tol di Jambatan Tun Salahuddin

Baca Selanjutnya: Orang Ramai Dijemput Hadir Meraikan Tahun Baharu 2016, Pemansuhan Tol Jambatan Tun Salahuddin

SRI AMAN: Mangsa kebakaran tiga rumah panjang berdekatan di Peruan B, di sini menerima sumbangan keperluan dapur daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri semalam.

Simoi berharap mangsa terlibat bersabar sementara menunggu bantuan seterusnya daripada kerajaan.

“Saya berusaha membantu mendapatkan dana bagi tujuan membantu penduduk yang terlibat musibah ini,” katanya.

Beliau menyampaikan sumbangan wang tunai RM500 sebuah pintu kepada 12 pintu terlibat dengan jumlah

Baca Selanjutnya: Simoi Beri Sumbangan Kepada Mangsa Kebakaran 3 Rumah Panjang

KUCHING: Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang belum mengemas kini maklumat waris diminta berbuat demikian dengan segera di Pejabat Residen dan Daerah Serian sebelum 31 Disember ini.

Menurut jurucakap Pejabat Residen dan Daerah Serian, pihaknya telah mula membuka kaunter di tingkat bawah bangunan untuk tujuan tersebut.

Beberapa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditugaskan untuk membantu masyarakat dari kawasan luar bandar Serian untuk mengemas kini butiran terkini mereka.

Baca Selanjutnya: Kemas Kini Maklumat Waris BR1M Sebelum 31 Disember 2015

KUCHING - Penduduk di kawasan berisiko mengalami bencana banjir akan segera dipindahkan ke pusat pemindahan sebaik paras air di kawasan berkenaan melepasi paras normal.

Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Negeri Sarawak, Kol (PA) Mohtar Samat berkata langkah berkenaan dilihat praktikal berdasarkan pengalaman agensi bantuan bencana negeri ketika menghadapi bencana banjir sebelum ini.

Katanya langkah tersebut juga dipersetujui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak

Baca Selanjutnya: Penduduk Berisiko Banjir Akan Segera Dipindahkan

Lebih banyak artikel..