24
Jum, Nov

LONG LAMA - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem hari ini telah menunaikan janjinya kepada penduduk-penduduk di kawasan Long Lama apabila hadir bagi merasmikan Projek Pembinaan Jambatan Long Lama di Pekan Long Lama, petang tadi.

Projek ini merupakan salah satu projek pembangunan luar bandar dan pembinaannya merangkumi sepanjang 730 meter dan 11.4 meter lebar yang menelan belanja sebanyak RM11.4 juta.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak lepas, Adenan telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM500 juta bagi tujuan pembangunan luar seperti pembinaan Jambatan Long Lama dan Jambatan Kedua Limbang, selain pengurangan dan penyeragaman tambang feri dan pelaksanaan pemansuhan tol.

Bagaimanapun, cadangan peruntukan tambahan itu tidak mendapat sokongan daripada parti pembangkang DAP dan PKR yang turut menganggotai DUN Sarawak sekaligus menidakkan hasrat kerajaan negeri untuk meneruskan pembangunan kawasan luar bandar. 

“Bagaimanapun, saya sedih apabila peruntukan tambahan untuk luar bandar berjumlah RM500 juta tidak disokong parti pembangkang di negeri ini. Peruntukan itu diguna untuk pembinaan lebih banyak projek pembangunan

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Sarawak telah diperuntukkan kuota sebanyak 200 pemohon bagi menyertai Program Khas Haji Perdana Menteri, iaitu peningkatan sebanyak 400 peratus di kalangan mereka yang menunggu giliran untuk menunaikan ibadah haji.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman sangat mengalu-alukan peningkatan itu memandangkan pada tahun lepas negeri ini hanya diperuntukkan 50 tempat sahaja.

“Kita ingin melahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib

Baca Selanjutnya...

BINTULU - Kerajaan negeri akan meneruskan usaha menuntut royalti minyak dan gas daripada kerajaan pusat daripada lima peratus kepada sekurang-kurangnya 10 hingga 20 peratus.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau  pada masa sekarang dalam proses rundingan dengan Petronas bagi memastikan impiannya menaikkan kadar royalti minyak dan gas akan berjaya.

“Apa yang kita semua maklum, minyak dan gas di perairan negeri ini hak kita. Dan sebagai rakyat di negeri ini kita

Baca Selanjutnya...

MIRI: Rakyat secara keseluruhannya bersetuju dengan pelan pembangunan yang dibawa oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem untuk kemajuan negeri Sarawak.

Naib Pengerusi Persatuan Melayu Miri Radzali Alision berkata seperti etnik lain, masyarakat Melayu di sini percaya kepimpinan Adenan akan membawa impak besar kepada rakyat negeri ini.

“Saya percaya Adenan mampu melonjakkan sosio-ekonomi, pembangunan serta memperkukuh perpaduan rakyat Sarawak berdasarkan pelan pembangunan yang

Baca Selanjutnya...

KUCHING: Kemas kini ‘Google Street View’ yang meliputi 80 peratus kawasan Sarawak dan Sabah, termasuk imej panoramik Taman Negara Mulu dijangka akan terus memperkasakan lagi industri pelancongan di rantau ini.

Menteri Muda Pelancongan Datuk Gramong Juna berkata, perkara itu tidak syak lagi akan meningkatkan keupayaan untuk mempromosikan pelancongan dan budaya yang pelbagai kepada dunia apabila pelancong berpeluang untuk melihat gambaran mengenai Malaysia Timur sebelum berpeluang menjejak kaki

Baca Selanjutnya...

BINTULU: Sumber bahan mentah banyak di negeri ini perlu dijadikan sebagai produk nilai tambah tinggi untuk menjadikan Sarawak hab pemprosesan sekali gus membantu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, Sarawak tidak harus menjadi pengeluar bahan mentah sahaja, sebaliknya perlu dijadikan hab pemprosesan produk nilai tambah melalui teknologi  dimiliki pelabur asing.

Katanya, atas dasar itu usaha menarik pelabur asing terus dipergiat

Baca Selanjutnya...

KUCHING: Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh percaya populariti Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di kalangan masyarakat Cina akan terus meningkat.

“Saya percaya bahawa sokongan kepada Ketua Menteri akan terus meningkat terutama daripada kalangan masyarakat Cina,” ujarnya.

Wong berkata demikian sebagai mengulas mengenai ‘Sarawak Good Governance Public Opinion Survey’ yang dijalankan oleh Merdeka Centre for Opinion Research ke atas 606 responden baru-baru ini.

Hasil daripada

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.