17
Sel, Okt

KUCHING – Dianggarkan lebih 10 ribu warga Kuching hadir di Stadium Perpaduan, Petra Jaya bagi melihat dan mendengar sendiri ceramah daripada penceramah tersohor Malaysia, Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) dalam majlis yang dianjurkan Pemuda PBB Zon Kuching di sini, malam tadi.

Kehadiran DUKE sememangnya amat dinantikan warga Kuching apabila penonton mula membanjiri Stadium Perpaduan seawal jam 6 petang untuk sama-sama merasai suasana ceramah DUKE.

Sebelum itu, DUKE pada sebelah paginya telah bersama dengan penduduk di Bandaraya Kuching di Masjid Darul Hana, Kampung Patingan dalam pengisian Program Karnival Masjidku.

Program bermula dengan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah serta tazkirah ringkas.

Selepas itu, program diserikan lagi dengan alunan Qasidah oleh Kumpulan Ahbahul Maulid sebelum ucara kemuncak Ceramah Rasulullah Idola Umat yang disampaikan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias.

Seperti biasa dan di kebanyakan ceramah yang dihadirinya, penonton dihiburkan dengan gaya penyampaian yang bersahaja dan santai serta diselitkan dengan lawak jenaka hingga membuatkan penonton tidak berganjak sehingga selesai program.

Menurut DUKE, kehadiran pemimpin di peringkat Persekutuan dan Negeri

Baca Selanjutnya...

SIBU - Tindakan UMNO mengadakan ‘roadshow’ bagi menerangkan kepada rakyat mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwatnya adalah satu tindakan yang tidak wajar dan mengaibkan sesama Islam.

Ketua AMK Sarawak, Abdul Rafidin Majidi menyifatkan tindakan UMNO itu mengaibkan dan sebagai tidak wajar kerana mengundang keaiban seorang pemimpin yang disegani, katanya dalam majlis Santai Lepak bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu di Medan Selera, Kampung Bandung

Baca Selanjutnya...

MUKAH – Seorang nelayan tidak menyangka rezekinya murah hari ini apabila berjaya mendaratkan seekor ikan Empurau Emas di Sungai Ulu Balingian, lebih 170 kilometer dari bandar Mukah.

Hillary Antoh, 22, berasakan seolah-olah mimpi apabila berjaya menangkap seekor ikan Empurau Emas seberat 3 kilogram.

“Selain ikan Empurau Emas, rezeki saya pagi tadi ialah dua ekor udang galah dan dua ekor ikan Tengadak,” jelasnya dengan perasaan gembira ketika mempamerkan ikan Empurau Emas.

“Inilah kali pertama

Baca Selanjutnya...

DARO – Penduduk Kampung Pangtray telah dikejutkan dengan tertangkapnya seekor labi-labi gergasi oleh seorang penduduk pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ketika sedang memancing, beliau telah dikejutkan apabila mata pancingnya terasa begitu berat dan mendapati ia adalah seekor labi-labi.

Haiwan yang jarang dijumpai itu dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Ekoran daripada hasil tangkapan itu, penduduk tersebut bercadang menjualnya di pasar Sibu dan buat sementara waktu ini beliau akan

Baca Selanjutnya...

SIBU – Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu menyifatkan Pakatan Pembangkang telah kehilangan tiga pemimpin utama parti itu.

Tiga pemimpin utama Pakatan Pembangkang yang hilang itu ialah mendiang Karpal Singh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Lepak Santai Bersama Mat Sabu anjuran Badan Perhubungan PAS Sarawak di Medan Selera, Kampung Bandung malam semalam.

Baca Selanjutnya...

BETONG - Hanya kerana menyediakan ‘Tabung Bencana’ sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Betong menyifatkan kerajaan tidak memberi perhatian kepada mangsa banjir dan tanah runtuh Rumah Panjang Anji, Mupoh Baruh.

Tindakan ini sebagai cubaan untuk mengambil kesempatan dan menyebarkan berita palsu selain memberikan imej buruk kepada kerajaan.

Tuai Rumah Anji Bala serta penduduk Rumah Panjang Mupoh Baruh menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Pengerusi PKR Betong, Vernon Kedit yang disiarkan di dalam

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang sekarang ini giat memperjuangkan agenda mereka di media sosial harus dipandang serius oleh pihak berwajib bagi memelihara integrasi nasional di kedua-dua negeri ini.

Biarpun kesan SSKM ini masih belum dirasai, tetapi ia harus ditangani segera memandangkan agenda yang diutarakan mereka ini bersifat cubaan menghasut rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang bimbang akan gerakan SSKM ini berkata ia merupakan satu ancaman

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..