18
Ahd, Nov

KANOWIT: Rakyat diingatkan agar memahami inti pati Bajet 2016 yang dibentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini agar tidak mudah diputar belit oleh pihak tertentu.

Menteri Muda Pelancongan (Acara dan Produk) Datuk Gramong Juna berkata, sebagai rakyat Malaysia wajar setiap warganegara mengetahui dan memahami Bajet 2016 yang memperkenalkan dasar baharu daripada kerajaan.

“Jangan memandang ringan Bajet 2016 dan anda perlu tahu semuanya. Jika anda tidak tahu, ini akan memudahkan pihak tertentu mengambil kesempatan memutarbelitkan sesuatu yang akhirnya meracuni fikiran anda untuk membenci kerajaan.

“Apa yang benar diperkata kerajaan, pihak tertentu kata bohong. Itu sebab anda harus tahu semuanya sebagai perlindungan kepada anda daripada dijadikan sebagai mangsa atau aset pihak tertentu membenci kerajaan lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan ‘Mobile Outreach Programme (MOP) 2015’ di Rumah Donny Kujat, Sungai Majau di sini, petang kelmarin.

Hadir sama ialah isteri Gramong yang juga Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Machan Datuk Catherine

Baca Selanjutnya: Fahami Inti Pati Sebenar Bajet 2016, Tolak Putar Belit

BINTULU: Graduan Dayak di bahagian ini disaran agar berdaya saing serta bijak merebut peluang perniagaan, ekonomi dan sebagainya yang berkaitan pembangunan diri supaya dapat bersaing dalam dunia global yang semakin mencabar pada masa kini.

Ahli Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pembangunan pesat dialami Bintulu khususnya projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) di wilayah tengah negeri ini, secara tidak langsung menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada lepasan

Baca Selanjutnya: Graduan Dayak Perlu Rebut Peluang Perniagaan Hadapi Persaingan Dunia Global

KUCHING: Liputan bekalan air di Sarawak dijangka akan meningkat kepada 82 peratus menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Kemudahan Awam Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Menurutnya, liputan bekalan air di Sarawak pada penghujung tahun 2014 adalah 79 peratus dan tahun ini dijangka 82 peratus kawasan di Sarawak mempunyai liputan bekalan air.

“Liputan bekalan air di Sarawak pada penghujung tahun 2014 adalah 79 peratus dan disasarkan liputan bekalan air ini meningkat kepada 82 peratus pada

Baca Selanjutnya: Liputan Bekalan Air Di Sarawak Meningkat Kepada 82 Peratus Menjelang Hujung Tahun Ini

LUBOK ANTU: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Datuk Amar James Masing menasihati pengundi di Batang Ai agar terus memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Sekiranya pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai memilih parti pembangkang, ia akan merugikan rakyat kerana kerajaan BN pasti akan diberi mandat sekali lagi untuk memerintah Sarawak nanti.

Jelasnya, justeru bagi memastikan DUN Batang Ai terus diwakili wakil rakyat

Baca Selanjutnya: Pengundi Batang Ai Perlu Kekalkan Sokongan Ke Atas BN - James

SANTUBONG: Golongan belia di negeri ini khasnya harus sentiasa bersedia merebut peluang dalam pelbagai bidang yang ditawarkan agensi kerajaan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, dengan adanya peluang dan ruang yang terbuka luas yang menyasarkan penglibatan golongan itu, ia disifatkan mampu melahirkan generasi belia yang juga pelapis kepimpinan masa depan yang berdaya saing.

Katanya kerajaan juga giat memperkasakan golongan

Baca Selanjutnya: Belia Harus Rebut Peluang Yang Ditawarkan Agensi Kerajaan - Abdul Rahman

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) akan menampilkan seorang calon wanita pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presidennya Tan Sri Datuk Amar James Masing bagaimanapun enggan mendedahkan identiti calon wanita yang bakal ditampilkan itu sehingga tiba masa yang sesuai.

“Ada kemungkinan untuk PRS menampilkan calon wanita. Saya sendiri sebagai presiden parti menginginkan sekurang-kurangnya seorang calon wanita pada PRN 2016.

“Kerusi mana dan siapa beliau itu saya tidak dapat nyatakan

Baca Selanjutnya: PRS Akan Tampilkan Seorang Calon Wanita Pada PRN Sarawak

SIBU: Jerayawara Keahlian Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka mendapat sambutan meriah di Kampung Jeriah di sini, semalam.

Program berlangsung di pekarangan Masjid Babussalam, Kampung Jeriah adalah bertujuan  mendaftar keahlian baharu dan mendaftar pengundi baharu dari Kampung Jeriah, Hijrah, Seduan dan penduduk di kawasan rumah panjang berhampiran.

Berucap pada program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka Dr Annuar Rapa’ee berkata kejayaan program

Baca Selanjutnya: Jerayawara Keahlian PBB DUN Nangka Dapat Sambutan Meriah

Lebih banyak artikel..