18
Ahd, Nov

KUCHING: Isi rumah keluarga asas masih menjadi dominan di Sarawak berbanding dengan yang lain, kata isteri ketua menteri, Datin Patinggi Datuk Jamilah Anu.

Menurut beliau, ia berdasarkan kajian bersiri dilaksanakan setiap 10 tahun iaitu Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga (LPPKN).

“Berdasarkan penemuan awal KPKM-5, sebanyak 52.2 peratus penduduk di Sarawak merupakan isi rumah keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak.

“Manakala selebihnya adalah isi rumah keluarga luas, isi rumah perseorangan, isi rumah ahli-ahli tidak bersaudara dan isi rumah ahli-ahli,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan majlis Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) peringkat kebangsaan 2015 yang dihadiri Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim dan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah di Pusat Beli-Belah CityOne di sini, semalam.

Jelasnya, di sini jelas menunjukkan bahawa keluarga asas masih dominan di negeri ini namun perlu diingat datuk dan nenek juga merupakan komponen penting dalam sesebuah keluarga.

Jamilah

Baca Selanjutnya: Keluarga Asas Masih Mendominasi Masyarakat Di Sarawak

SRI AMAN: Jalan raya sepanjang 15 kilometer menghubung kawasan Entulang, Kampung Muhibbah sehingga ke kawasan Kejatau menelan kos RM50 juta adalah antara projek dirancang untuk pembangunan di Sri Aman.

Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan Datuk Francis Harden Hollis berkata, selain itu, projek melebarkan Jalan Sri Aman-Simpang Temudok Sri Aman juga turut dirancang untuk pembangunan disini.

Beliau berkata, kedua-dua projek ini akan diberi keutamaan oleh kerajaan dan sekiranya

Baca Selanjutnya: Pembinaan Jalan Raya Antara Projek Pembangunan Dirancang Di Sri Aman

MIRI: Projek Program Pendidikan Komuniti (Penan) Kawasan Tutoh/Apoh Baram di bawah tajaan Petronas untuk pendidikan awal kanak-kanak Penan di lima kawasan kampung terbabit akan bermula pada Januari 2016.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata, kelas itu bermula Januari depan mengguna premis sedia ada sebelum dijadual menggunakan bangunan baharu mulai April 2016.

“Kerja membina projek bangunan baharu dilaksanakan pada awal Disember depan dan dijangka

Baca Selanjutnya: Petronas Taja Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kaum Penan

KUCHING: Sebanyak 16 jenis barangan harga terkawal diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2015 berkuat kuasa semalam di negeri ini.

Ketua Seksyen Penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sarawak Ahmad Ahrazzuddin Ahmad Hamdan berkata, skim itu berkuat kuasa selama 10 hari dari 5 hingga 14 November sempena sambutan Hari Deepavali.

“Antara 16 barangan harga terkawal itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur

Baca Selanjutnya: 16 Barangan Harga Terkawal Sempena Deepavali 2015 Di Sarawak

SRI AMAN: Kerajaan akan menambah baik dan membangunkan kemudahan infrastruktur baharu di kawasan Lingga setanding dengan kawasan lain di negeri ini.

Sebagai tanda komitmen kerajaan negeri, Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem pada Festival Lingga di sini semalam mengumum peruntukan RM5 juta bagi tujuan pembangunan di kawasan ini.

“Peruntukan ini merupakan salah satu daripada perancangan kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan luar.

“Dengan peruntukan ini, kerajaan berharap ia

Baca Selanjutnya: Kerajaan Negeri Komited Dalam Membangunkan Insfrastruktur Di Lingga

KOTA SAMARAHAN: Seramai 13 ahli barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mengangkat sumpah selain menerima watikah lantikan MPP bagi sesi 2015/2016, kelmarin.

Diadakan di Rumah Universiti UNIMAS di sini, ia telah disaksikan oleh Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi bersama pengurusan tertinggi universiti itu.

Beliau ketika menyampaikan ucap tama ringkas pada majlis itu berkata, MPP sangat penting dalam memainkan peranan selaku

Baca Selanjutnya: Barisan MPP UNIMAS 2015/2016 Angkat Sumpah, Terima Watikah

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mungkin perlu membuat keputusan sendiri terhadap Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) jika mereka gagal mencapai perjanjian secara baik sehingga 1 Disember depan.

Sehingga hari ini, masih tiada jawapan daripada SUPP terutama Presidennya Senator Datuk Dr Sim Kui Hian walaupun Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh telah mempelawanya untuk berbincang mengenai penubuhan jawatankuasa antara kedua-dua parti itu

Baca Selanjutnya: KM Adenan Mungkin Perlu Buat Keputusan Sendiri Atasi Masalah SUPP-UPP

Lebih banyak artikel..