22
Ahd, Apr

PAKAN: Kegiatan pembalakan haram terus dibanteras dengan sebuah kawasan yang sebelum ini pernah diambil tindakan namun masih melakukan pembalakan haram diserbu dan sekitar 1,000 batang balak bernilai mencecah RM315,000 dirampas.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 ACP Kalai Chelvan Nadarajan berkata serbuan tersebut dilakukan di kawasan muara Sungai Sawak di sini sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Menurutnya, dalam serbuan tersebut, tiada tangkapan dilakukan kerana tiada pekerja dan jentera berat ditemui.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, didapati tiada pekerja dan jentera berat dijumpai di kem tersebut.

“Hanya terdapat kayu balak pelbagai saiz dan jenis dianggarkan bernilai mencecah RM315,000 yang dipercayai diperolehi secara haram,” katanya kepada pemberita semalam.

Justeru, kesemua kayu balak tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Jabatan Perhutanan Sarikei untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak Jabatan Hutan Bahagian Serikei telah dihubungi dan pemeriksaan oleh mereka mendapati kesemua kayu balak tersebut tiada tanda cop tukul kerana disyaki cuba mengelak membayar royalti.

“Kawasan tersebut telah dibuat serbuan kali kedua dan kali pertama kes telah dikompaun berjumlah

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam menolak permohonan dikemukakan See Chee How dan Pauls Baya untuk mengemukakan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini berhubung persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

See merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang yang juga Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, manakala Pauls pula pengundi dari Ulu Baram.

Presiden Mahkamah Persekutuan yang dianggotai tiga ahli panel, Tan Sri

Baca Selanjutnya...

KUCHING: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar menasihatkan semua pihak yang menjalankan aktiviti berisiko menyebabkan kebakaran supaya mengawal aktiviti mereka.

Menterinya Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata langkah berkenaan perlu diambil bagi mengurangkan kesan fenomena El Nino yang sedang dialami ketika ini.

"Peladang, penternak, petani, pusat pembuangan sampah serta masyarakat amnya dinasihatkan jangan membuat pembakaran terbuka bagi mengurangkan kesan El Nino. Jabatan Alam

Baca Selanjutnya...

MIRI: Umat Islam mesti berubah atau berhijrah ke arah pelbagai aspek bagi memenuhi keperluan masa depan dalam semua bidang termasuk membangunkan modal insan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, generasi muda antara aset penting dalam sesebuah negara yang perlu dijaga dan dididik bagi mencapai tujuan itu.

“Kita mesti berusaha menghasilkan ramai insan berguna pada masa akan datang untuk menyumbang ke arah kesejahteraan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada

Baca Selanjutnya...

BINTULU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selamat sampai di Lapangan Terbang Bintulu kira-kira jam 9.30 malam tadi dalam rangka kerja ke Bintulu dan Kapit. 

Kehadiran beliau telah disambut Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri James Jemut Masing.

Sepanjang lawatan Zahid, beliau akan menghadiri Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kerajaan Bakun di Sungai Asap, Belaga, Kapit.

Ini disusuli dengan menghadiri Taklimat Hidro Sdn Bhd di Clubhouse, Sarawak Hidro Township

Baca Selanjutnya...

SIMUNJAN: Kerajaan pada masa ini berhadapan dengan masalah belia dikhuatiri mudah terpengaruh pembohongan dan putar belit pelbagai pihak di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata senario tidak sihat itu membabitkan isu politik dan ekonomi yang turut menjadi cabaran kerajaan.

“Apa yang berlaku di negara luar harus menjadi teladan kepada kita. Sebagai contoh Perhimpunan BERSIH 4 yang diharamkan.

“Janganlah kita terlalu mudah mempercayai perjuangan pihak tertentu

Baca Selanjutnya...

MIRI: Masjid An-Naim Lutong Miri telah menerima Anugerah Maal Hijrah Masjid Contoh sempena Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sarawak 1437H/2015M semalam.

Masjid An-Naim Lutong yang bersebelahan Gereja Good Sheapherd Lutong, antara simbol perpaduan dan keharmonian kedua-dua penganut Islam dan Kristian.

Sejarah dan keunikan masjid ini telah disiarkan dalam dokumentari filem terbitan Astro sempena perayaan Hari Malaysia yang berjudul ‘Kita Sama Sehati Sejiwa.’

Masjid ini telah dibina

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..