17
Sel, Okt

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing membidas janji Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kepada Sarawak sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan menyifatkan sebagai gimik politik.

Tidak cukup dengan itu, Masing turut menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai tidak ikhlas dan hanya mempunyai tujuan politik sahaja demi menarik sokongan undi kepada PH.

“Saya terkejut apabila Tun Dr Mahathir adalah antara individu yang terlibat dalam isu untuk meneliti MA63 serta mendapatkan penurunan kuasa kepada Sarawak...ia sangat ironik kerana semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau tidak pernah menyentuh mengenainya. 

“Kini demi mahu mendapatkan sokongan untuk meraih undi bagi PH, beliau akan meneliti MA63 di mana saya rasakan ia tidak ikhlas dan kita tidak harus percaya dengan janji itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan geran projek kecil luar bandar (MRP) di pejabatnya di sini, Selasa lepas.

Turut sama hadir Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Datuk Seri Doris Sophia

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Kontroversi yang dicetuskan beberapa pemimpin pembangkang di Sarawak berhubung dengan sekumpulan Ketua Masyarakat dan pemimpin tempatan yang menaiki pesawat tentera menuju ke Kuala Lumpur tenggelam selepas layanan yang ditunjukkan Perdana Menteri Dato Sri Mohd Najib Razak di kediamannya di Putrajaya, semalam.

Seramai 150 orang ketua masyarakat dan pemimpin tempatan yang diketuai Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri James Jemut Masing dari Kanowit, Song, Kapit dan Belaga hadir ke

Baca Selanjutnya...

SIBU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sarawak berjaya merampas 85 kayu balak yang dipercayai ditebang secara haram selepas menahan dua buah lori yang membawa muatan kayu balak berkenaan di Jalan Salim Ulu Lanang, di sini malam tadi.

Kedua-dua lori berkenaan bersama dua pemandu yang merupakan warga tempatan ditahan oleh sepasukan anggota Unit Ronda Marin (URM) Sibu yang sedang menjalankan risikan serta pemantauan OP Landai di lokasi kejadian sekitar jam 11.15 malam tadi.

Komander PPM

Baca Selanjutnya...

PUSA - Memasuki hari ketiga bagi operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) untuk mencari mangsa yang dibaham buaya ketika sedang menjala ikan di Sungai Kuala Besar, Kampung Hulu Tambak, Pusa pada ahad lepas telah menjumpai beberapa anggota badan mangsa sebentar tadi.

Namun, apa yang lebih menyedihkan mayat Bentayan Bin Ilah 31 Tahun ditemui dalam keadaan anggota badannya ditemui secara berasingan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) berkata, kesemua anggota badan mangsa dijumpai

Baca Selanjutnya...

KABONG – Cadangan pihak kerajaan untuk membina jambatan Sungai Krian yang akan merentangi Sungai Krian di Kabong disambut baik oleh semua pihak di kawasan berkenaan.

Dengan adanya jambatan berkenaan nanti juga ianya diyakini akan dapat meningkatkan lagi produk pertanian dan hasil laut penduduk setempat.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak Datuk Haji Julaihi bin Hj Narawi berkata, selepas mengambil kira pelbagai aspek dan faktor sekiranya tiada sebarang masalah

Baca Selanjutnya...

KUCHING - 5 Teras Tawaran Baru yang dilancarkan pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohammad Ahad lepas disifatkan sebagai ‘ibu pembohongan’ dan ‘kemuncak teragung politik hipokrit serta putar belit.’

Malah, selepas pelancaran itu, ramai pihak terutamanya pemimpin Barisan Nasional (BN) Sarawak tertanya-tanya, mengapa baharu sekarang Tun Dr. Mahathir Mohammad sedar mengenai hak-hak dan kepentingan Sarawak terhakis seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963

Baca Selanjutnya...

SARIKEI - Sejumlah 300 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis yang dipercayai ditebang secara haram berjaya dirampas oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sarikei pada petang tadi di Jalan Sibu-Tanjong Manis.

Kayu-kayu balak berkenaan berjaya dirampas selepas sepasukan anggota Unit Ronda Marin (URM) Sarikei menahan sebuah lori di lokasi kejadian pada jam 2.05 petang.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Salehuddin bin Mat Zaman berkata, lori berkenaan ditahan ketika anggota

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..