19
Jum, Jan

KUCHING – Menteri Besar Selangor Azmin Ali merangkap Timbalan Presiden PKR telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem di pejabatnya, Wisma Bapa Malaysia pagi tadi (semalam).

Beliau diiringi Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda Keadilan merangkap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Daroyah Alwi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Haniza Mohamed Talha Ahli Dewan Undangan Negeri ADUN) Taman Medan, Baru Bian Pengerusi PKR Sarawak merangkap ADUN B’kelalan dan pemimpin PKR Sarawak hadir mengiringi Menteri Besar Selangor.

Azmin Ali yang tiba dengan kereta Mercedes dan diiringi pegawai polis tiba di Wisma Bapa Malaysia kira-kira jam 9.30 pagi.

Dalam pertemuan itu, Azmin Ali memuji kepimpinan Adenan Satem dalam menangani isu agama yang sebelum ini menjadi pertikaian khususnya dalam isu penggunaan Kalimah Allah di dalam Al-Kitab.

Ini telah diperjelaskan Ketua Menteri Sarawak sebelum ini bahawa kaum Bumiputera Bukan Islam boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam Al-Kitab atas sebab telah lama menggunakannya dan mereka tidak pernah cuba untuk menyalahgunakan perkataan itu kepada orang Islam di Sarawak.

10991558_817607694985535_5721395640572344680_oSelain itu

Baca Selanjutnya...

KUCHING -  Ramai di kalangan mereka yang hadir dalam Majlis Perasmian Bilik Gerakan Cabang PKR Petra Jaya di Kuching mahu Menteri Besar Selangor, Azmin Ali melihat kembali ceramahnya yang mempersoalkan polisi yang telah diumumkan Ketua Menteri Sarawak.

Azmin Ali yang kini dalam rangka lawatannya dua hari ke Sarawak telah mempersoalkan polisi Kerajaan Negeri Sarawak khususnya dalam isu kekurangan guru di Sarawak dan kuasa imigresen Sarawak.

“Apa salahnya orang Semenanjung datang ke Sarawak untuk

Baca Selanjutnya...

BETONG – Dalam lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke Sarawak, beliau telah melakukan Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin yang bernilai RM3.6 juta yang dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Ini merupakan lawatan keempat Perdana Menteri keempat ke daerah Beladin ini dan sehingga kini apa yang telah dijanjikan sebelum ini telahpun dilaksanakan.

“Pelancaran Projek Pembinaan Dewan Masyarakat Beladin pada hari ini membuktikan kerajaan komited dalam memberikan

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Hasrat sekumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) propembangkang yang mahu mengadakan Jelajah Pengakuan Salah Laku Liwat II di Kuching pada petang tadi tidak mendapat sambutan.

Tinjauan petang tadi sekitar jam 3 hingga 5 petang, tiada sebarang aktiviti mahupun perhimpunan seperti yang diuar-uarkan dalam media sosial seperti facebook, twitter mahupun blog.

Salah seorang orang awam yang kebetulan melalui Padang Merdeka, tempat berlangsungnya aktiviti atau perhimpunan itu memberitahu

Baca Selanjutnya...

LUNDU - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem berikrar untuk terus berlaku adil kepada semua rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum atau latar belakang selagi memegang tampuk pemerintahan negeri ini.

“Saya adalah Ketua Menteri Sarawak. Saya bukan Ketua Menteri kaum Melayu sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Cina sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Iban sahaja, saya bukan Ketua Menteri kaum Bidayuh sahaja atau Orang Ulu sahaja tetapi untuk semua bangsa

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak hari ini mengakhiri lawatan kerjanya ke Sarawak selama tiga hari dengan melakukan ‘walkabout’ ke Pasar Medan Niaga Satok di Kubah Ria, pagi tadi.

Warga Kuching telah menunggu kehadiran Perdana Menteri sejak awal pagi lagi untuk tidak melepaskan peluang bertemu dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara yang amat disayangi.

Menjadi kebiasaan dalam mana-mana lawatan Perdana Menteri akan mengadakan walkabout bagi bertemu

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Malam ini bersempena Ramah Tamah Tahun Baharu Cina Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) bersama Komuniti 2015, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem telah menunaikan janjinya dengan menambah peruntukan pendidikan kepada sekolah Cina.

Dalam rancangan khas Bersama Ketua Menteri Sarawak yang disiarkan secara langsung di RTM tempoh hari, Adenan telah mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju untuk menambah peruntukan pendidikan kepada

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..