20
Isn, Ogs

KUCHING: Kerajaan melalui agensi pusat seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sentiasa mengambil berat tentang aspek pendidikan agama, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Justeru, katanya, bantuan mencukupi sama ada bantuan fizikal seperti baik pulih bangunan mahupun bantuan latihan kepada guru-guru diberikan kepada sekolah-sekolah agama negeri, rakyat dan maahad tahfiz.

“Dalam memberikan bantuan pendidikan seperti ini, pihak kerajaan tidak pernah membezakan fahaman politik. Ini kerana anak-anak yang berada di mana-mana institusi pendidikan merupakan aset negara yang amat penting dan layak diberikan pendidikan sewajarnya.

“Peluang untuk melanjutkan pengajian di tahap yang tertinggi juga disediakan,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) Ke-13 di Dewan Kenyalang, IKMAS, Telaga Air di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua MIS Datu Putit Matzen, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM Datuk Razali Shahabudin, Mufti Negeri Sarawak Datu Kipli Yasin, Pengarah IKMAS JAKIM Cawangan Sarawak Abdul Aziz Jusoh dan Pengetua IKMAS Karia Rahmat.

Beliau berkata

Baca Selanjutnya: Kerajaan Sentiasa Ambil Berat Pendidikan Agama

BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu Sarawak Ke-11 dari 23 hingga 27 September ini diberi penambahbaikan bagi menjadikannya acara penuh berprestij bertaraf antarabangsa.

Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) Rodziah Morshidi berkata penambahbaikan festival memasuki tahun ke-11 ini dilaksanakan oleh BDA selaku badan penganjur utama dan turut dibantu agensi kerajaan serta swasta termasuk badan korporat dan perindustrian di sini.

“Kita menjangka festival

Baca Selanjutnya: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sekali lagi menegaskan tiada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak terlibat dalam gerakan menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya boleh memberi jaminan tidak ada Ahli Parlimen BN dari Sarawak terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan,” tegasnya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Persidangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan

Baca Selanjutnya: Tiada Ahli Parlimen Sarawak Terlibat Gerakan Menggulingkan Kerajaan

KUCHING - Tahap kualiti udara di seluruh Sarawak pagi ini bertambah baik apabila tiada lagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga pukul 8 pagi ini, Kapit dan Limbang mencatat bacaan IPU baik iaitu masing-masing 45 dan 44 manakala lapan kawasan lain mencatatkan IPU sederhana.

Kualiti udara di Sri Aman, Samarahan dan Kuching yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat semalam, bertambah baik apabila mencatat

Baca Selanjutnya: Kualiti Udara Seluruh Sarawak Bertambah Baik Pagi Ini

BINTULU: Program Kembara Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) merupakan landasan terbaik untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat.

Residen Bahagian Bintulu Muhamad Yakup Kari berkata semangat kecintaan terhadap negara harus dipupuk sejak bangku sekolah bagi memastikan generasi muda mengenali erti kemerdekaan.

“Program Kembara Jalur Gemilang menjadi acara tahunan secara tidak langsung dapat menyemai

Baca Selanjutnya: Kibar Jalur Gemilang Semarak Semangat Patriotisme

KUCHING: Sarawak terpaksa menggunakan khidmat tenaga kerja mahir dari luar untuk bekerja dalam sektor perindustrian di negeri ini sekiranya kapasiti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sedia ada tidak dipertingkatkan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata berdasarkan kajian oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dianggarkan 600,000 tenaga kerja mahir dan separa mahir diperlukan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) menjelang tahun 2030.

Baca Selanjutnya: Sarawak Perlu 3 Kali Ganda Kapasiti TVET Untuk Penuhi Keperluan SCORE Menjelang 2030

KUCHING: Rakyat Sarawak perlu mengambil iktibar daripada pergolakan yang berlaku di negara-negara Timur Tengah sebagai pengajaran demi mengukuhkan perpaduan dan kemakmuran negara tercinta.

Demikian kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem mengingatkan kejadian yang berlaku di negara-negara berkenaan tidak sepatutnya menular ke negeri ini.

“Saya takut kalau kita tidak teruskan perpaduan kaum, akan terjadi seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah, ia amat

Baca Selanjutnya: Rakyat Sarawak Perlu Ambil Iktibar Pergolakan Negara-Negara Timur Tengah

Lebih banyak artikel..