19
Rab, Dis

BETONG: Kerajaan negeri bersedia menyediakan tapak tanah kepada masyarakat Melayu Kampung Beladin bagi menampung kesesakan yang berlaku di perkampungan Melayu terbesar di Sarawak itu.
 
Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, keluasan tapak sedia ada di Kampung Beladin sudah tidak mencukupi menyebabkan perkampungan itu berselerak dan sesak.
 
Jelasnya, apatah lagi dengan penambahan penduduk yang mendirikan rumah haharu dan menyediakan tapak baharu adalah penyelesaian terbaik.
 
“Saya sedar bahawa perkampungan Melayu Beladin bertemu atap atau anjung antara satu sama lain disebabkan masalah kepadatan penduduk,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Peringkat Bahagian Betong Bersama YAB Ketua Menteri Sarawak di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beladin di sini, semalam.
 
Jelasnya, beliau akan menyedia tapak tanah buat penduduk mendirikan rumah di kawasan yang dicadangkan.
 
Selain itu Adenan memberitahu bahawa beliau sudah tidak membenar mana-mana syarikat swasta berminat untuk menanam kelapa sawit secara komersil di tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di negeri ini.
 
“SALCRA dan Pelita atau
Baca Selanjutnya: Kerajaan Atasi Masalah Kepadatan Masyarakat Melayu Kampung Beladin

KAPIT - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr. Puad Zakarshi menjelaskan program JASA Sehati Sejiwa ini adalah inisiatif jabatan selepas berjumpa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem sebelum ini. 

Kapit merupakan destinasi kedua yang dilawati Puad bersama rombongan JASA dari Kuala Lumpur dan Sarawak selepas melawat kawasan Ba'kelalan pada bulan Jun lepas. 

"Program JASA Sehati Sejiwa ini merupakan inisiatif jabatan seperti mana yang

Baca Selanjutnya: JASA Realisasikan Hasrat Adenan Di Kawasan Luar Bandar - Puad

BETING MARO - Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem menegaskan beliau akan tetap meneruskan polisinya dalam membangunkan kawasan luar bandar di Sarawak biarpun tidak mendapat sokongan daripada pembangkang. 

"Saya akan lebih memfokuskan kepada pembangunan kawasan luar di Sarawak sebagaimana pembangunan di bandar. 

"Atas sebab itu saya akan teruskan polisi membangunkan kawasan luar bandar", katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Tamah Peringkat Bahagian Betong di

Baca Selanjutnya: Adenan Tetap Teruskan Polisinya Bangunkan Kawasan Luar Bandar Demi Kesejahteraan Rakyat  

KUCHING - Pengisytiharan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan merupakan satu penghormatan kepada bandar raya ini khasnya dan Sarawak amnya.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, pengisytiharan oleh Yayasan 1Malaysia itu bukan satu perkara yang mudah kerana perlu memenuhi 12 syarat yang ditetapkan oleh mereka.

“Hari ini dalam sejarah bagi Kuching, bukan sahaja sebagai Hari Bandar Raya Kuching tetapi sebagai Bandar Raya Perpaduan dan ia merupakan tarikan kita kepada

Baca Selanjutnya: Kuching Bandaraya Perpaduan Suatu Pengiktirafan, Penghormatan

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berharap rundingan bersama syarikat yang mengendali operasi kutipan tol di Jambatan Tun Salahudin di sini, akan membuahkan hasil yang baik menjelang hujung tahun ini.

Menurutnya, syarikat berkenaan perlu mencontohi usaha syarikat konsesi Jambatan Lanang di Sibu memansuhkan tol demi kepentingan rakyat. 

“Sekarang, tinggal satu lagi tol iaitu tol Jambatan Tun Salahuddin belum dimansuhkan. Saya harap dapat keputusan bagus sebelum hujung

Baca Selanjutnya: Tol Jambatan Tun Salahuddin Diharap Dihapuskan - Adenan

KUCHING: Pemilihan Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan bukan sahaja dari segi hubungan harmoni antara etniknya tetapi daripada aspek lain termasuk corak pekerjaan, persekolahan serta interaksi antara kaumnya.

Pengisytiharan oleh Yayasan 1Malaysia itu dibuat selepas kajian dibuat dan mendapati Kuching merupakan bandar raya pertama diiktiraf apabila mempunyai ciri serta kualiti berasaskan perpaduan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar berkata, malahan

Baca Selanjutnya: Pemilihan Bandaraya Perpaduan Kuching Dibuat Secara Menyeluruh - Dr. Chandra

SIBU: Memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem mahu rakyat Sarawak menterjemahkan sokongan mereka dalam bentuk undi selepas meraih 74 peratus sokongan rakyat negeri ini.

“Saya tidak kira populariti diraih itu tetapi biar sokongan (74 peratus) atau kepopularitian saya di kalangan rakyat perlu ada bukti daripada hati rakyat sendiri pada PRN nanti.

“Jangan cakap sahaja seperti ‘menang sorak kampung tergadai’,” katanya pada Majlis

Baca Selanjutnya: Adenan Mahu Sokongan Diterjemahkan Dalam Bentuk Undi

Lebih banyak artikel..