18
Ahd, Nov

SIBU: Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) Daerah Sibu membuat laporan polis berhubung pemilik akaun Facebook ‘Melayu Sarawak Sokong DAP’, baru-baru ini.

Pengerusi PEKIDA Daerah Sibu Musa Ainie yang membuat laporan polis memberitahu, pemilik Facebook berkenaan hendaklah diambil tindakan tegas kerana mengguna gambar Allahyarham Rosli Dhoby iaitu bapa saudara mereka sebagai ikon profil.

“Perbuatan itu telah memalukan keluarga kami, keluarga pejuang lain dan rakyat Melayu Sarawak,” ujarnya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Menurut Musa, jika pemilik Facebook terbabit betul-betul berani dan hendak membela nasib orang Melayu, tunjukkan wajah sebenar supaya mudah popular dan dikenali ramai.

Menggunakan gambar orang lain katanya, adalah perbuatan keji dan pengecut apatah lagi menggunakan gambar seorang pejuang yang dikagumi masyarakat setempat.

“Pemilik akaun ini telah mengaibkan arwah, keluarga dan rakyat Melayu Sibu,” jelas beliau.

Musa memberitahu, perbuatan pemilik FB itu yang juga telah mempersendakan kewibawaan Ketua Menteri Sarawak, sangatlah dikesali.

“Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan membuat tindakan drastik dan bersungguh-sungguh atas dasar

Baca Selanjutnya: JANGAN SEMBARANGAN GUNA GAMBAR ROSLI DHOBY DI MEDIA SOSIAL

SRI AMAN - Ahli-ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Lingga baru-baru ini membuat laporan polis di sini, berhubung kewujudan ‘Group Facebook DUN Lingga’ yang bertujuan mengelirukan rakyat di kawasan itu.

Ketua Penerangan PBB Cawangan DUN Lingga Awang Magerib Awang Ani berkata, tujuan laporan polis dibuat adalah untuk menafikan segala dakwaan yang terdapat dalam ‘Group Facebook DUN Lingga’ itu yang cuba mengelirukan dan memesongkan maklumat sebenar di kawasan Lingga.

“Kewujudan Group

Baca Selanjutnya: PBB DUN LINGGA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMILIK ‘GROUP FACEBOOK DUN LINGGA’

KUCHING - Kenyataan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang menganggap pemansuhan tol Jambatan Lanang adalah ‘usaha’ mereka disifatkan sebagai menumpang inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Negeri Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata mereka ‘menumpang’ untuk berusaha meringankan beban pengguna jambatan, sedangkan dalam perundingan bersama dua pihak konsensi tidak pernah menyebut DAP sama sekali dalam surat kepada Ketua Menteri.

“Mengenai rundingan dengan

Baca Selanjutnya: DR RUNDI : DAP TUMPANG INISIATIF KERAJAAN BN

KUCHING - Sarawak optimis mampu mencapai lima juta ketibaan pelancong menjelang penghujung tahun ini berdasarkan peningkatan peratusan ketibaan pelancong setiap bulan.

Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, pada Mac lepas negeri ini menyaksikan peningkatan tujuh peratus ketibaan pelancong berbanding tahun sebelumnya.

Ia menurut beliau terus menunjukkan peningkatan pada bulan seterusnya (April 2015) dengan lapan peratus berbanding kedatangan pelancong pada 2014.

Baca Selanjutnya: SARAWAK OPTIMIS KETIBAAN 5 JUTA PELANCONG TAHUN INI

LONG LAMA - Penduduk Baram yang menggunakan feri Long Lama kini boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan hampir RM500 dengan kadar tambang baharu RM1.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau berkata ini, adalah sesuatu sumbangan amat besar daripada kerajaan negeri terhadap penduduk yang menggunakan perkhidmatan feri tersebut.

“Ini merupakan penjimatan bulanan yang memberi impak besar terhadap penduduk dan rakyat,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Tambang

Baca Selanjutnya: PENYERAGAMAN HARGA TAMBANG RM1 PENGGUNAAN FERI LEGAKAN PENDUDUK

MARUDI – Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem mengotakan janjinya apabila turun bagi merasmikan penurunan tambang feri seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

Penurunan tambang perkhidmatan feri Marudi dianggap sebagai formula membantu meringankan beban penduduk di sini, kata Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Air) Datuk Sylvester Entri Muran.

Katanya, ia sekali gus memberi isyarat kepada penduduk di sini bahawa pentingnya memberi mandat kepada

Baca Selanjutnya: ADENAN TUNAI JANJI TURUNKAN TAMBANG FERI RINGANKAN BEBAN RAKYAT

KUCHING - Sesi bersama Ketua Menteri, ‘Town Hall Session’ merupakan acara kemuncak Hari Belia Peringkat Negeri 2015 yang akan diadakan di Bintulu pada 13 Jun depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Sosial Tan Sri William Mawan Ikom kepada pemberita selepas mengetuai rombongan jawatankuasa penganjur Hari Belia Peringkat Negeri 2015 mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.

“Pada sesi ‘Town Hall’ nanti

Baca Selanjutnya: ‘TOWN HALL SESSION’ DENGAN ADENAN ACARA KEMUNCAK HARI BELIA

Lebih banyak artikel..