27
Jum, Apr

KUCHING: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi dilema kepada pengusaha kedai jahit ekoran kenaikan harga barangan khasnya perkakas jahitan.

Menurut seorang peng-usaha kedai jahit Benang Emas Tailor, Maspaun Sapa’ee, 36, ekoran pelaksanaan GST, harga perkakas jahitan seperti benang, zip, butang dan sebagainya naik mendadak.

“Kalau dulu benang sekotak hanya RM5 sahaja tetapi selepas GST dilaksanakan ia naik sebanyak 80 sen. Disebabkan kenaikan harga perkakas ini saya tidak tahu sama ada mahu menaikkan harga upah atau mengekalkannya,” katanya ketika ditemui di kedainya di Muara Tuang, Kota Samarahan dekat sini semalam.

Malah, Maspaun memberitahu ramai pelanggan tetapnya datang untuk bertanyakan harga upah baharu selepas pelaksanaan cukai itu.

“Buat masa ini, saya tidak menaikkan harga upah kerana mahu menjaga hati pelanggan walaupun ia membebankan saya sen-diri,” tambahnya.

Beliau yang telah mengusahakan kedai itu sejak 2011 dan mempunyai dua pekerja berkata, pelaksanaan GST amat membebankan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Ia amat membebankan kerana harga barang naik begitu mendadak disebabkan pelaksanaan GST ini tambahan pula ada peniaga

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April lepas telah membuatkan situasi kelam kabut di kalangan peniaga dan pengguna yang berasa keliru dengan pelaksanaannya.

Malah, ada peniaga yang tidak mendaftar GST, tetapi mengenakan GST dalam setiap urusniaganya sehingga menimbulkan kegusaran di kalangan pengguna.

Penolong Kanan Pengarah Kastam Negeri, Noelle Lily Morse telah meminta orang ramai khususnya pengguna agar sentiasa peka dengan hak mereka dengan meminta resit

Baca Selanjutnya...

KUCHING – DAP Sarawak memberikan amaran kepada PKR Sarawak agar tidak terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak hanya semata-mata mahu mengetuai PR dan bekerjasama dengan PAS.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, pemahaman dan agenda politik (hukum hudud) yang dibawa PAS itu tidak sesuai dengan suasana di Sarawak.

Sekiranya PKR masih terus bersama PAS dalam PR Sarawak adalah tidak mustahil PKR akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, Chong menyeru PKR Sarawak

Baca Selanjutnya...

SIBU -  Seekor haiwan yang dipercayai Beruang Matahari telah dijumpai di Tulai Estate, Sarawak oleh sekumpulan pekerja ladang kelapa sawit, di sini.

Penemuan haiwan pelik ini bukanlah yang pertama di Sarawak kerana sebelum ini pernah juga dijumpai binatang pelik yang sama spesisnya di Sibu pada Januari lepas seperti mana di dalam video berdurasi 25 minit dan menjadi perbualan hangat rakyat di Sarawak.

11106369_1545126205751365_1766374602_n

Binatang ini seakan-akan seperti seekor haiwan di dalam cerita Lord of The Ring dengan susuk

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Masing mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung ‘kecaman’ bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung rakyat Sarawak tidak menyokong kepimpinan Najib Razak ketika ini.

Menurut James Masing, setakat ini apa yang diketahui Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 di Sarawak disebabkan Najib membela kebajikan mereka yang mengundi BN, merujuk kepada

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Parti Keadilan Nasional (PKR) Sarawak melihat keputusan DAP Sarawak keluar Pakatan Rakyat (PR) Sarawak lebih bersifat pentingkan diri sendiri dan alasan hukum hudud hanya alasan yang tidak masuk akal.

PKR Sarawak sebelum ini juga menjelaskan bahawa mereka juga menolak hukum hudud yang dibawa PAS, tetapi mereka masih waras dan celik untuk terus bersama PR dalam usaha menyaingi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang.

Biarpun dihina dan dicerca sekalipun, PKR masih tetap

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa semalam dilihat mengalami kucar-kacir khususnya penjual kad isian semula di kedai mahupun secara dalam talian hingga mencetuskan kekeliruan di kalangan peniaga dan pengguna.

Akibatnya, bermula hari ini sehingga Isnin, kebanyakan penjual kad isian semula prabayar membuat mogok dengan tidak menjualnya atas alasan GST.

Dalam tinjauan hari ini, peniaga memberitahu mereka hanya menjual kad isian semula prabayar ini mengikut

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..