18
Ahd, Nov

SARATOK – Seorang anggota JPJKK Ibu Pejabat Daerah Saratok maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dalam perjalanan ke Sungai Ruan terlibat dalam kemalangan di sini, malam tadi.

Mangsa yang dikenali Koperal Jumali bin Awang Sah meninggal di tempat kejadian manakala Koperal Jali bin Asan cedera parah.

Akibat daripada kejadian itu, Jumali yang merupakan penumpang telah tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala Jali yang merupakan pemandu mengalami cedera parah dengan patah tulang rusuk dan tersepit di bahagian pemandu.

Mereka dalam perjalanan mengiringi Datuk Amar Haji Mohamad Asfia, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak dan dipercayai kereta Nissan Navara yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam kawasan parit laluan bertentangan arah Simpang Batu 4, Jalan Roban Lama, Saratok.

Sewaktu kejadian, keadaan jalan basah dan licin akibat hujan dan keadaan jalan gelap menyukarkan pemanduan.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Saratok bagi tujuan bedah siasat dan rawatan lanjut.

SIBU – Tarikh 25 Mei 2015 pasti tidak akan dilupakan oleh penduduk negeri Sarawak apabila Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Haji Adenan bin Haji Satem secara rasminya memansuhkan tol Jambatan Lanang di sini, pagi tadi.

Kejayaan ini susulan daripada rundingan Kerajaan Negeri Sarawak dengan pemegang konsesi Jambatan Lanang, Woodville Development Sdn Bhd yang bersetuju untuk menghapuskan tol.

photo_2015-05-24_16-16-58

“Ini merupakan permulaan sebelum perkara sama akan dilakukan kepada Jambatan Tun

Baca Selanjutnya: ADENAN REALISASIKAN HASRAT PENDUDUK SARAWAK MANSUHKAN TOL JAMBATAN LANANG HARI INI

KANOWIT - Polis Kanowit berjaya merampas sebanyak 104 batang balak dan lima buah lori treler dengan nilai keseluruhan mencecah ratusan ribu dalam Ops Kayu di Jalan Nibong-Tada di sini kelmarin.

Ketua Balai Polis Daerah Kanowit DSP Ismail Mahmood berkata, operasi diketuai beliau sendiri dilancarkan pada jam 6.30 petang susulan maklumat awam.

“Dalam operasi itu, kami menahan lima buah lori kargo iaitu dua pada jam 6.30 petang dan tiga pada jam 7.30 malam.

“Semua lori ditahan membawa muatan batang

Baca Selanjutnya: LAGI BALAK HARAM DIRAMPAS DAN JENTERA BALAK DISITA

BINTULU - Wong Mi Ing dan Dr Zulwali Kifli Merawi masing-masingnya menerima Anugerah Tokoh Guru Sarawak 2015 dan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Sarawak 2015 sempena sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sarawak 2015 di Dewan Suarah Bintulu semalam.

Dua anugerah itu telah disampaikan Menteri Pelancongan dan Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang mewakili Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Hadir menyaksikan penyampaian anugerah itu Menteri Muda Pelancongan

Baca Selanjutnya: WONG MI ING DAN DR ZULWALI TERIMA ANUGERAH SEMPENA HARI GURU PERINGKAT NEGERI SARAWAK

KUCHING - Festival ‘busking’ iaitu salah satu aktiviti hiburan yang semakin popular pada masa kini khususnya di kalangan anak-anak muda dan belia dan akan diadakan di Tebingan Kuching pada bulan Jun ini.

Penganjuran festival julung kalinya itu diumumkan oleh Menteri Muda Pelancongan Datuk Talib Zulpilip pada sidang media di Tingkat 11, Menara SEDC di sini semalam.

Dalam sidang media itu, Talib berkata ‘busking’ yang tidak jauh bezanya dengan aktiviti hiburan rakyat yang dilihat berpotensi untuk

Baca Selanjutnya: FESTIVAL BUSKING SARAWAK AKAN DIADAKAN BULAN JUN INI

SRI AMAN – Penjawat awam perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat yang ada pada hari ini dengan idea kreativiti dan inovatif dalam usaha memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada rakyat.

Menurut Simoi Peri, teknologi maklumat dan idea inovatif yang ada pada pegawai perlu disertakan dengan hasrat dan iltizam dalam memastikan sistem penyampaian jabatan dapat dilaksanakan dengan cekap dan cemerlang kepada rakyat.

“Saya amat berbangga dengan semangat dan daya usaha

Baca Selanjutnya: PENJAWAT AWAM DIGESA MEMANFAATKAN KECANGGIHAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM MELAHIRKAN IDEA KREATIVITI...

SIBU - Pengalaman bertugas di tol Jambatan Lanang sejak hari pertama jambatan terbabit dibuka kepada orang ramai sememangnya satu kenangan yang tidak akan dilupa petugas di tol tersebut.

Sejak dibuka atau mula beroperasi sembilan tahun lepas, petugas di tol Jambatan Lanang menempuhi pelbagai memori yang indah mahupun pahit ketika menjalankan tugas masing-masing.

Seorang pengawal keselamatan yang telah berkhidmat di tol terbabit sejak hari pertama tol beroperasi sembilan tahun lepas, John

Baca Selanjutnya: PEKERJA SIFATKAN TOL JAMBATAN LANANG TINGGAL BANYAK KENANGAN

Lebih banyak artikel..