17
Sel, Okt

KAPIT - Mayat seorang pekerja lelaki warga Sri Lanka yang dilaporkan jatuh dari kapal di Jeti Tongkang Beleteh, Kapit pada Jumaat lepas dijumpai pagi tadi.

Mayat Arratana Welegedara, berusia 27 tahun ditemui oleh orang awam sekitar jam 9.44 pagi di kawasan Nanga Sekala Sungai Rajang iaitu di hilir sungai dari Pekan Song.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebaik menerima laporan penemuan mayat mangsa, anggota Bomba telah ke lokasi penemuan.

"Mayat mangsa telah diangkat oleh pihak bomba ke dalam bot dan dihantar ke Kapit pada jam 9.56 pagi selepas disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Polis Song. 

Mengikut rekod, pada 22 September lalu sekitar jam 10.30 pagi mangsa dilaporkan telah tergelincir sebelum terjatuh ke sungai dari kapal milik Syarikat Zim Yin.

Bomba yang menerima laporan kejadian pada Sabtu telah mengerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit ke lokasi kejadian untuk operasi pencarian.

KUCHING - Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib memberi penghormatan terakhir kepada bekas kakitangan Astana Negeri, Allahyarham Hamka Zaini di kediaman bapanya, dekat sini, hari ini.

Allahyarham Hamka Zaini, 52, telah berkhidmat di Astana Negeri selama tujuh tahun sebagai Pembantu Am Rendah menghembuskan nafas terakhir pagi tadi dan meninggalkan seorang balu serta dua orang anak perempuan yang berusia 14 dan 20 tahun. 

Toh Puan menzahirkan ucapan takziah dan

Baca Selanjutnya...

SEMATAN - Sematan berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelancongan untuk penggemar sukan lasak, Triathlon.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu,  Datuk Amar Datin Patinggi Jamilah Anu berkata, sehubungan itu, penganjuran Sematan Triathlon mampu mempromosikan Sarawak di kalangan penduduk luar terutama dengan penyertaan dari luar dan dalam negara. 

"Kita mahu menjadikan penganjuran ini yang terbaik dan berkualiti dengan menitikberatkan aspek keselamatan.

"Sematan Triathlon salah

Baca Selanjutnya...

KOTA SAMARAHAN - Seorang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) berusia 20 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batu 7, Jalan Kuching, Ranger Depot berhadapan dengan kem Semenggok Kota Sentosa, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 7.45 pagi itu, Mangsa Muhammad Hamzah bin Haris Saiffudin yang tinggal di Quarter Guru, S.K Muara Tuang, Kampung Bukit Berangan, Jalan Dato' Mohd Musa, Kota Samarahan itu disahkan maut di tempat kejadian

Baca Selanjutnya...

KUCHING - Guild Trefoil Persatuan Pandu Putri Cawangan Sarawak (TGG) telah mengadakan kunjungan muhibbah ke Kampung Jemukan, Kota Samarahan pada 22 September lepas.

Dalam kunjungan tersebut, TGG berkesempatan melaksanakan tanggungjawab sosial dengan kerjasama Persatuan Special Olympic Kuching Chapter dan Jabatan Kebajikan Masyarakat membaiki tangga rumah yang sudah uzur milik seorang warga emas kampung berkenaan, Sapiah Zain.

Kunjungan itu diketuai oleh Penasihat Guild Trefoil Persatuan Pandu

Baca Selanjutnya...

DARO - Sebanyak enam buah rumah panjang di kawasan Nanga Lassa, Daro akan dihubungkan dengan  Jalan Gravel yang baru dan lebih tinggi untuk kegunaan seharian penduduk.

Sebelum ini keenam-enam rumah panjang berkenaan hanya dihubungkan dengan jalan bersimen namun ia banyak pecah dan rosak dan perlu pembaikan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Safiee Haji Ahmad berkata, untuk pembinaan jalan berkenaan peruntukan sebanyak RM250 ribu telah diluluskan di bawah peruntukan Projek

Baca Selanjutnya...

KOTA SAMARAHAN - Seorang lelaki maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di KM 22, Jalan Kota Samarahan-Asajaya di sini, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 malam, mangsa Nor Arzlan Abdul Wahab, 22 tahun maut ketika dalam perjalanan menuju ke hospital akibat kecederaan parah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Deputi Superintendan Bing Kok John berkata, ketika kejadian berlaku mangsa sedang menunggang motosikal berkenaan seorang diri.

“Kemalangan

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..