25
Jum, Mei

DARO – Penduduk Kampung Pangtray telah dikejutkan dengan tertangkapnya seekor labi-labi gergasi oleh seorang penduduk pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

Ketika sedang memancing, beliau telah dikejutkan apabila mata pancingnya terasa begitu berat dan mendapati ia adalah seekor labi-labi.

Haiwan yang jarang dijumpai itu dianggarkan mempunyai berat lebih 100 kilogram.

Ekoran daripada hasil tangkapan itu, penduduk tersebut bercadang menjualnya di pasar Sibu dan buat sementara waktu ini beliau akan menyimpannya terlebih dahulu di rumah.

Dianggarkan harga haiwan hampir pupus itu boleh mencecah RM2,000 berdasarkan beratnya.

Berdasarkan gambar labi-labi itu mungkin daripada spesies Amyda Cartilaginea. -KLXPress

KUCHING – Gerakan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) yang sekarang ini giat memperjuangkan agenda mereka di media sosial harus dipandang serius oleh pihak berwajib bagi memelihara integrasi nasional di kedua-dua negeri ini.

Biarpun kesan SSKM ini masih belum dirasai, tetapi ia harus ditangani segera memandangkan agenda yang diutarakan mereka ini bersifat cubaan menghasut rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof yang bimbang akan gerakan SSKM ini berkata ia merupakan satu ancaman

Baca Selanjutnya...

MIRI - Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yakin Sarawak akan terus membangun dengan lebih baik di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan sedia ada.

Ini diakui dengan Sarawak kini menikmati pembangunan yang pesat hasil hubungan dan kerjasama yang baik daripada pemimpin BN Pusat.

Sebaliknya, jika Sarawak jatuh ke tangan kepimpinan pakatan yang diterajui oleh parti dari luar (Pakatan Pembangkang), ia mungkin akan menjejaskan polisi pembangunan negeri ini dan

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Semenjak dibuka kira-kira 25 tahun lepas, Kampung Budaya Sarawak dilihat masih relevan dan akan terus kekal kerana reputasinya yang cemerlang dalam industri pelancongan sejak 25 tahun lepas.

Kampung Budaya Sarawak yang dikendalikan di bawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) telah berjaya melengkapkan pelaburan pelancongan SEDC di kawasan pesisir Santubong.

Dalam memastikan Kampung Budaya Sarawak terus relevan pada masa akan datang, kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan

Baca Selanjutnya...

MIRI – Pesakit di Hospital Miri telah diraikan dalam satu majlis penyerahan hamper bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2015 yang akan diraikan pada 19 Februari ini.

Menteri Muda Sukan dan Menteri Muda Perhubungan Sarawak merangkap ADUN N.65 Senadin, Datuk Lee Kin Shin memberitahu sumbangan ini merupakan daripada kerajaan BN sebagai berkongsi kegembiraan bersempena Tahun Baharu Cina.

“Menerusi sumbangan hamper ini sedikit sebanyak dapat memberikan motivasi kepada pesakit yang kini sedang

Baca Selanjutnya...

KUCHING – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak dengan kerjasama Hospital Umum Sarawak (HUS) telah mengadakan Program Jalinan Kasih bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina 2015.

Program ini bertujuan membawa semangat perayaan dan pada masa yang sama memberikan sokongan positif kepada pesakit di wad agar mereka ini cepat sembuh.

“Program seperti ini sangat memberi makna kepada pesakit yang selama ini menderita akibat sakit yang sedang mereka alami jelas YB Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Muda

Baca Selanjutnya...

SARIKEI: Generasi muda diingat supaya jangan hanya jadi wira Facebook sebaliknya bersama-sama membantu kerajaan membangunkan sosial dan ekonomi di semua peringkat negeri ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh berkata, orang muda perlu matang dan bijak mengurus idea serta pendapat terutamanya dalam media sosial di samping berhati-hati memberi pandangan tidak berasas.

“Wira sebenar ialah mereka yang

Baca Selanjutnya...

Lebih banyak artikel..