17
Isn, Dis

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini mencipta sejarah apabila laman web rasmi PBB telah dilancarkan dengan rasminya oleh Presiden PBB Sarawak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem.

Majlis pelancaran laman web PBB telah diadakan pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat PBB dan dihadiri kesemua Ahli Majlis Tertinggi PBB.

PBB merupakan salah satu dari empat komponen BN Sarawak selain Sarawak United Peoples' Party (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pelancaran itu menandakan PBB hari ini tidak ketinggalan dalam menggunapakai teknologi maklumat dalam menyalurkan maklumat berhubung latar belakang dan sejarah PBB kepada generasi baharu.

Laman web PBB boleh dilayari menerusi alamat pbb.org.my yang memuatkan pelbagai cerita menarik mengenai PBB dan aktiviti semasa.

Dalam pada itu, serentak dengan pelancaran laman web PBB turut dilancarkan pendaftaran atas talian ahli PBB.

Kemudahan pendaftaran atas talian ahli PBB ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak khususnya golongan belia dan mereka yang tinggal di luar Sarawak untuk mendaftar sebagai ahli PBB.

Baca Selanjutnya: ADENAN SATEM LANCAR LAMAN WEB PBB DAN PENDAFTARAN KEAHLIAN PBB ATAS TALIAN

KUCHING - Rakyat Malaysia boleh menjadikan rakyat Sarawak yang hidup dalam pelbagai kaum sebagai contoh terbaik dalam mengenali erti perpaduan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin kepelbagaian kaum di Sarawak yang terdiri daripada Melayu, Iban, Cina, Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu tidak menghalang mereka ini hidup dalam keadaan harmoni dan aman damai.

"Rakyat Sarawak seharusnya berbangga kerana berjaya mengekalkan perpaduan antara

Baca Selanjutnya: MUHYIDDIN YASSIN: PERPADUAN RAKYAT SARAWAK HARUS DIJADIKAN CONTOH TERBAIK DI MALAYSIA

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem menunjukkan prestasi yang cemerlang dan berjaya meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini sejak mengambil alih jawatan tersebut pada 28 Februari tahun lepas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata dasar-dasar dan isu ditangani oleh Adenan telah meraih sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat negeri ini.

“Dasar-dasar yang telah beliau umumkan, ketegasan beliau dari segi menangani

Baca Selanjutnya: PERKHIDMATAN ADENAN SATEM CEMERLANG DAN DITERIMA RAKYAT

KUCHING: Tidak ada halangan bagi mana-mana pelajar sama ada beragama Kristian mahupun Islam untuk menjalankan aktiviti agama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Jelas beliau sejak MRSM diwujudkan pada 1972, tiada dasar dalam institusi pendidikan itu yang menghalang para pelajarnya untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Penubuhan MRSM adalah bertujuan menempatkan anak-anak Bumiputera untuk didedahkan dengan ilmu

Baca Selanjutnya: TIADA SEKATAN AKTIVITI KEAGAMAAN DI MRSM

KUCHING - Pengujudan kolaborasi dalam bidang pendidikan kini telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada lebih ramai pelajar khususnya pelajar teknikal untuk menempatkan diri dalam sektor pekerjaan selepas keluar daripada institusi pendidikan.

Hal ini disuarakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan YAB Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dalam Majlis Kolaborasi Strategik Kolej Komuniti Wilayah Sarawak bersama SCORE dan Industri Berimpak Tinggi yang

Baca Selanjutnya: KOLABORASI PENDIDIKAN BERI BANYAK MANFAAT KEPADA PELAJAR KOLEJ KOMUNITI

KUCHING – Penduduk di Padawan mendapat berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan peruntukan berjumlah RM68 juta bagi pembinaan sekolah dan jalan raya.

“Bagi terus memajukan Sarawak khususnya di kawasan luar bandar, kerajaan bersetuju memperuntukan sebanyak RM8 juta bagi pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Padawan yang akan dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan RM60 juta untuk penambahbaikkan Jalan Padawan.

Baca Selanjutnya: MUHYIDDIN UMUM RM68 JUTA UNTUK PENDUDUK DI PADAWAN SARAWAK
Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.