KUCHING – Penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya dari Barisan Nasional (BN) Dato’Sri Fadillah Yusof berikrar tidak akan mensia –siakan kepercayaan pelbagai pihak terhadap dirinya untuk menjadi calon sekali lagi di kawasan berkenaan.
Fadillah yang juga Naib Presiden Kanan PBB turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pusat dan YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg, selaku Pengerusi Barisan BN Sarawak serta Yang Dipertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan pimpinan parti diatas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada dirinya untuk sekali lagi mempertahankan kerusi Parlimen P194 Petra Jaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.
Ujarnya, Ia adalah satu amanah dan tanggungjawab yang perlu beliau pikul sebaik mungkin.
“Saya berikrar tidak akan mempersia-siakan kepercayaan ini dan akan berkhidmat sebaik mungkin, jika terpilih sekali lagi untuk menjadi Ahli Parlimen di kawasan Petra Jaya pada pilihan raya kali ini.
Saya juga berterimakasih kepada penduduk P194 Petra Jaya di atas sokongan padu yang diberikan