28
Sel, Mac

Didi Western Anjur Konsert Destini 2017 Tampilkan 5 Artis Popular Tanahair

Sarawak
Typography

Sebuah konsert berskala sederhana berjudul 'Konsert Destini 2017' akan dianjurkan oleh Didi Western.

Konsert tersebut menampilkan lima penyanyi popular iaitu Haqiem Rusli, Khai Bahar, Ezad Lazim, Amir Ukays dan Zamani Slam dan dijadualkan berlangsung pada 6 Mei (Sabtu) bertempat di Dewan CATS FM, Jalan Bako.

Menurut Pengarah Urusan Didi Western, Azizi Fauzi, bukan mudah untuk mengumpulkan empat nama besar dalam industri muzik tanah air di pentas yang sama. 

Jelasnya, idea tercetusnya penganjuran konsert ini bermula tahun lepas dan disebabkan kekangan masa idea tersebut tidak dapat dilaksanakan. 

Azizi menambah tahun 2017 adalah tahun yang akan mengubah segalanya apabila Konsert Destini 2017 akan direalisasikan.

"Tarikh 6 Mei 2017 (Sabtu) merupakan tarikh bersejarah konsert ini akan berlangsung dan lima artis akan beraksi di hadapan peminatnya. 

Pelaksanaan konsert ini pasti mengeratkan silatulrahim artis dengan peminat. 

"Pada masa yang sama menyemarakan industri hiburan di Sarawak yang jarang mengetengahkan konsert seumpama ini dan memperkembangkan nilai seni melalui persembahan muzik," jelas Azizi.

Penonton pasti tidak akan ketinggalan dengan pesona pendatang baru dalam industri hiburan iaitu Haqiem Rusli dan Khai Bahar.

Haqiem Rusli atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem bin Rusli merupakan seorang artis cilik yang mempunyai bakat yang besar dalam bidang nyanyian. Dia mempunyai kelebihan yang besar dan boleh menyanyikan pelbagai lagu termasuk lagu lama. 

Bakat Haqiem mula menonjol apabila dia berusia 5 tahun. Tetapi, bakatnya mula diperkenalkan pada tahun 2009 apabila dia berjaya memasuki sebuah rancangan rancangan realiti dan telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.

Pada tahun ini iaitu tahun 2016, Haqiem Rusli lancarkan single baharu yang bertajuk "Segalanya". Single ini edaran oleh FMC Music dan dicipta oleh Gouffran, Ibnu dan Danny, sedangkan liriknya ditulis oleh Gouffran.

Nama Khai Bahar tidak asing lagi di kalangan peminat. Malah mula menjadi bualan hangat di media sosial disebabkan aplikasi Smule karoake duet bersama penyanyi, Siti Nurdiana menerusi lagu Memori Berkasih. 

Lepas tu dia juga berduet sekali lagi dengan Nana, lagu Resepi Berkasih. Khai atau nama sebenarnya Mohd Khairul Baharuddin, 23, berasal dari Perak.

Bintang Smule ini kini bernaung dibawah syarikat rakaman NAR Records iaitu Khai Bahar hadir dengan single terbaru bertajuk Bayang. Lagu dan lirik single terbaru Khai Bahar ini dihasilkan oleh Eddy Khalifah. 

Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim merupakan bekas vokalis kumpulan Exists selepas keluarnya Mamat pada tahun 1994. Album solo Ezad yang pertama adalah Mengharap Bintang yang diterbitkan tahun 2011.

Muncul dengan single Demi Cinta yang berkait rapat dengan kisah hidupnya. Lagu Demi Cinta dihasilkan oleh Mohd Yasin dan Ezad Lazim. Manakala lirik dihasilkan oleh Iman Imran. Demi Cinta merupakan single terkini selepas single Hari Mati.

Azmi bin Hassan dikenali sebagai Amy Ukays merupakan seorang pengarah muzik filem, penerbit, komposer, deejay, pengacara, penyanyi dan gitaris. Beliau berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau dilahirkan pada di Kampung Parit Laman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

Beliau merupakan vokalis kumpulan Ukays masih bergiat aktif dalam bidang seni. Popularitinya kembali memuncak setelah menyertai program Gegar Vaganza musim kedua. Gegar Vaganza adalah platform terbaik untuknya kembali aktif dan bersedia dengan cabaran dalam program itu.

Zamani Ibrahim ialah seorang penyanyi lelaki popular mula mencipta nama menerusi kumpulan pop terkenal 1990an, kumpulan Slam yang dianggotainya dari 1994 hingga 1999. 

Beliau yang kemudiannya melancarkan karier muzik secara solo pada tahun 2002 kini bergelar antara penyanyi pop lelaki popular di Malaysia dan Indonesia.

Zamani begitu popular dengan lagu Gerimis Mengundang ketika masih bersama Slam. Setelah muncul solo, Zamani muncul dengan beberapa single seperti Isabella 98 (duet bersma Dato Jamal Abdillah, Amy dan Saleem. Disusuli dengan single Syair Si Pari-Pari (2002), Kala Hujan (2004), Tak Keruan (duet Sharifah Zarina — 2010), Cahaya Asmara (2015) dan yang terkini Tambatan Hati (2016).

Diharapkan gadingan lima artis popular tersebut menjadi fenomena di Sarawak. Tiket boleh didapati dengan menghubungi 012-6025755.

 

MAKLUMAT TIKET

VVIP  (makan malam) - depan pentas

- 6 meja (60 tiket)

- Diskaun pembelian sebelum 30 Mac - RM150

- Diskaun pembelian sebelum (1 hingga 30 April) - RM180

- Pembelian di kaunter tiket pada hari konsert - RM230

 

VIP (makan malam) - belakang meja VVIP

- 10 meja (100 tiket)

- Diskaun pembelian sebelum 30 Mac - RM120

- Diskaun pembelian sebelum (1 hingga 30 April) - RM140

- Pembelian di kaunter tiket pada hari konsert - RM160

 

Berdiri - berada di belakang meja VIP

- 340 tiket

- Diskaun pembelian sebelum 30 Mac - RM40

- Diskaun pembelian sebelum (1 hingga 30 April) - RM60

- Pembelian di kaunter tiket pada hari konsert - RM80

 

- Harga pelajar - RM25

 

loading...
BLOG COMMENTS POWERED BY DISQUS