20
Rab, Sep

189 Pekerja Asing Ditahan Oleh Jabatan Imigresen Sarawak

Sarawak
Typography

KUCHING – Seramai 189 pekerja asing haram telah di tahan oleh pihak Jabatan Imigresen Sarawak dalam satu serbuan awal pagi di sebuah tapak pembinaan di Balingian di daerah Mukah, semalam.

Menurut  Maspaun Bolhasan berkata mereka ditahan terdiri daripada 108 orang warga Indonesia, 33 (India), 25 (Bangladesh), 16 (China), enam (Filipina) dan seorang warga Sri Lanka.

“Mereka didapati tidak mempunyai dokumen sah, tinggal lebih masa yang dibenarkan dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Dalam pihak kami memulakan operasi jam 5 pagi itu, beberapa anggota penguat kuasa kami mengalami kecederaan apabila pekerja asing tersebut bertindak agresif untuk melarikan diri,” katanya.

Menurutnya lagi,  sejumlah 376 pekerja di tapak berkenaan telah diperiksa yang diketuai oleh diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Sarawak, Rosliah Kassim dan turut bersama 72 pegawai dan anggota penguat kuasa.

Setelah selesai operasi lebih tiga jam itu, kesemua mereka yang telah ditahan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Simuja, dekat bandar Serian, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak, individu atau syarikat yang didapati menggaji pekerja asing secara tidak sah.

"Kami juga tidak akan bertolak ansur dalam usaha membanteras masalah kehadiran pekerja asing tanpa izin," katanya.

 

Pengarah Jabatan Imigresen Sarawak, Ken Leben, menyifatkan penahanan tersebut merupakan kejayaan terbesar tahun ini, melalui hasil unit perisikan jabatan itu.