17
Kha, Ogs

Majlis Berbuka Puasa PUSAKA Bersama Kakitangan Serta Anak Syarikat

Sarawak
Typography

KUCHING – Perbadanan Kemajuan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah mengadakan satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta anak-anak syarikat di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam tadi.

Majlis berkenaan telah dihadiri Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan.

Dalam majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 orang tetamu berkenan, Awang Tengah yang juga Pengerusi Lembaga Pengurusan PUSAKA turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kira-kira 172 orang anak yatim yang hadir dari 18 buah sekolah rendah di sekitar Kuching termasuk dari rumah amal Nur Murni, Pertubuhan Kebajikan Abadi Kuching dan juga anak-anak kakitangan PUSAKA. 

Selain berbuka puasa, Awang Tengah turut menunaikan solat Marghrib, solat Isyak dan menunaikan solat Terawih berjemaah bersama hadirin yang hadir di ruang solat BCCK.