12
Sel, Dis

Jamilah Sambung Tradisi Adenan Beri Sumbangan Kuih Raya Kepada Anggota Keselamatan

Sarawak
Typography

LUNDU - Sumbangan berupa kuih raya serta kurma kepada anggota-anggota pasukan keselamatan merupakan tradisi yang telah dipraktikan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, sejak dahulu lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Haji Anu berkata penyampaian sumbangan ini adalah sebagai menyambung tradisi yang telah dipraktikkan oleh arwah suami beliau sendiri. 

"Saya merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan Daerah Lundu di atas khidmat yang telah diberikan terutama pada Pilihan Raya Kecil Tanjong Datu yang lepas. 

"Kesempatan ini saya mengucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anggota dan pasukan keselamatan," katanya. 

Beliau berucap di Majlis Jalinan Ramadhan Bersama Pasukan Keselamatan Dalam Daerah Lundu di sini, Sabtu lepas. 

Majlis telah dihadiri lebih kurang 80 orang tetamu itu menyaksikan Jamilah menyampaikan sumbangan kepada 10 buah pasukan keselamatan dalam Daerah Lundu dengan jumlah penerima seramai 212 orang.