20
Rab, Sep

BDA Nafikan Kes Penyakit Kencing Tikus Di Pantai Tanjung Batu

Sarawak
Typography

BINTULU - Pejabat Perkhidmatan Perbandaran (PERBINDA) Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menafikan kejadian kes leptospirosis (penyakit kencing tikus) didakwa berpunca dari gerai makanan dan minuman di Pantai Tanjung Batu di sini yang disebarkan sehingga tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

PERBINDA dalam kenyataannya kepada media menjelaskan, BDA memandang serius terhadap laporan itu sekali gus telah menghantar anggota penguatkuasa kesihatannya bagi menjalankan siasatan dan pemeriksaan di tempat dilaporkan. 

“BDA juga berhubung dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu (PKB) dan menjelaskan tiada kejadian seperti kes yang dilaporkan. 

“Sumber PKB mengesahkan sehingga kini mereka tidak menerima sebarang notifikasi daripada pihak terbabit mengenai kes tersebut,” katanya di sini, semalam. 

Justeru, orang ramai dinasihati merujuk dengan pihak berwajib untuk mendapatkan penjelasan dan pengesahan sebelum menyebarkan sebarang maklumat yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat. 

 

Sebarang pertanyaan dan maklum balas boleh disalurkan kepada BDA SMS Hotline di talian 013-8362277.