20
Jum, Okt

Dokumen Penting Berkaitan Pembentukan Malaysia Ditemui

Sarawak
Typography

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata pasukan undang-undang Sarawak yang terbang ke London baru-baru ini telah menemui dokumen-dokumen baharu dan penting mengenai pembentukan Malaysia.

Menurutnya, dokumen-dokumen berkenaan telah ditulis oleh Kerajaan Britain kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembentukan Malaysia dan ada antaranya dokumen berkenaan tidak pernah dilihat.

“(Dokumen-dokumen) itu nampaknya sangat baik. Ia seharusnya begitu kerana ia dokumen-dokumen yang penting,” katanya.

Abang Zohari turut berkata maklumat terkini berhubung perkara tersebut dan hasil penyelidikan pasukan itu hanya akan dapat diketuai petang ini dalam pertemuan mereka.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyermpurnakan majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Pengajian Bahasa (iCLS) 2017 di sini, semalam.

Menurut Abang Zohari lagi, penemuan itu sangat penting kerana ia membuktikan wujudnya komunikasi antara kerajaan United Kingdom dengan PBB sebelum penubuhan Malaysia pada 1963.

“Tidak, kita tidak pernah melihat dokumen-dokumen ini sebelum ini … Banyak perkara yang tidak dapat diakses oleh Kerajaan Sarawak sebelum ini.

“Apabila kita berunding, kita tidak membuat kenyataan yang liar,” katanya.

 

Rombongan pasukan undang-undang ke Sarawak bertujuan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan penubuhan Malaysia pada 1963 dari British National Achives diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan turut disertai Penasihat Perudangan Negeri Sarawak Datuk Fong Joo Chung dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato Gerawat Gala.