17
Kha, Ogs

Sim Kheng Boon CEO Pertama DBOS

Sarawak
Typography

KUCHING - Sim Kheng Boon, anak tempatan Sarawak telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bank Pembangunan Sarawak Bhd (DBOS) berkuatkuasa 1 Ogos 2017, umum Pejabat Ketua Menteri kepada media di sini, hari ini.

Sim, 62, akan mengemudi DBOS, bank yang pertama seumpamanya di Malaysia yang diilhamkan penubuhannya oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dalam usaha membiayai pembangunan Sarawak secara berterusan.

Sim berkelulusan dalam bidang perdagangan daripada University of Windsor, Ontario, Kanada.

Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri kewangan dan merupakan individu yang terkenal dalam industri tersebut.

 

DBOS akan mula beroperasi pada 1 Januari 2018.