24
Jum, Nov

Pejalan Kaki Maut Dilanggar Lari

Sarawak
Typography

SIBU - Seorang pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari di Jalan Kampung Nangka di sini, awal pagi tadi.

Pegawai Penyiasat Sibu Inspektor Mohd Rahmat bin Jalimin berkata, mangsa yang dikenali Jimbun anak Tandang, berusia 34 tahun mati di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah kenderaan.

"Siasatan awal mendapati mangsa dilanggar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dapat di pastikan no pendaftaran ketika menyeberangi jalan dan mangsa maut di tempat kejadian," katanya menerusi satu kenyataan media.

Ketika ini kes masih dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.