23
Kha, Nov

Pemancing Lemas Jatuh Sungai Sarawak

Sarawak
Typography

KUCHING - Seorang lelaki yang sedang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai berdekatan dengan Masjid Terapung Jalan Main Bazaar, di sini tengah malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak berkata, mangsa yang dikenali Drahman Spawi, berumur 35 tahun berasal dari Kampung Sungai Bedil yang sedang memancing dikatakan terjatuh ke Sungai Sarawak berhampiran Masjid Terapung.

"Bomba yang menerima panggilan daripada Kopral Mustakim di Pusat Kawalan Polis Simpang Tiga pada jam 12.35 tengah malam tadi telah menggerakkan tujuh orang anggota bersama sebuah kenderaan FRT, sebuah EMRS dan tiga anggota yang diketuai oleh PBK II Avtar Singh ke lokasi kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, didapati mangsa telah berjaya dijumpai oleh rakan mangsa di tepi tebingan berdekatan Masjid Terapung dan mayat mangsa telah diangkat menggunakan 'bucket stretcher'," katanya kepada media menerusi satu kenyataan di sini pagi tadi.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan yang berada di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi tamat pada jam 1.26 pagi. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.