23
Kha, Nov

Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah Jenis Syabu

Sarawak
Typography

KUCHING - Seorang wanita ditahan bersama 39 paket plastik kecil yang dipercayai mengandungi dadah jenis syabu di Kampung Sungai Bedil Besar, di sini, semalam.

Suspek yang berusia 20 tahun ditahan di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan di mana kesemua dadah berkenaan dianggarkan seberat 30.85 gram.

Ketua Polis Daerah Kuching, Assistan Komisioner (ACP) Abang Ahmad Abang Julai berkata suspek ditahan sekitar jam 3 petang oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuching.

“Pemeriksaan di dalam bilik rumah tersebut telah menjumpai 2 paket plastik lutsinar yang mengandungi 39 paket plastik kecil lutsinar yang disyaki dadah syabu dengan anggaran berat kasar berjumlah 30.85 gram. 

“Siasatan awal mendapati suspek mengetahui mengenai dadah tersebut di mana anggaran nilai kesemua dadah berkenaan berjumlah RM5,533,” katanya.

Katanya, pihak polis buat masa ini sedang mengesan rakan pengedaran suspek yang masih bebas. 

Justeru, beliau memohon kerjasama masyarakat setempat untuk menyalurkan maklumat amatlah dihargai. 

Sementara itu, hasil keputusan ujian saringan awal polis mendapati suspek negatif dadah.

 

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan tidak kurang 5 tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan 10 sebatan rotan.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.