20
Rab, Sep

Kerajaan Beri Perhatian Sepenuhnya Kepada Pendidikan Sempurna

Sarawak
Typography

SARIKEI - Keprihatinan kerajaan terhadap bidang pendidikan perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh ibu bapa dalam memastikan setiap anak-anak mendapat pendidikan yang sempurna.

Kerajaan menerusi agensi di bawahnya seperti Yayasan Sarawak sentiasa membantu murid-murid mendapatkan pendidikan yang sempurna termasuklah pakaian seragam sekolah.

Menurut Datuk Ding Kuong Hiing, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong berkata, biarpun susah dalam kehidupan, tetapi janganlah menjadi penghalang kepada usaha memperoleh pendidikan yang sempurna.

"Pada masa kini, kesukaran kehidupan seharian seperti kedudukan kewangan yang tidak stabil jangan sesekali dijadikan alasan untuk mengabaikan pendidikan di mana keciciran dan pengabaian terhadap pendidik tidak seharusnya berlaku.

"Ibu bapa perlu sentiasa memikirkan cara terbaik bagi anak-anak mendapatkan ilmu selain bergantung kepada bahan rujukan dan sesi pengajaran yang disediakan sekolah.

"Atas sebab itu, dasar kerajaan negeri Sarawak kini mahu mengukuh dan memajukan kualiti pendidikan di Sarawak dan bertekad menjadikan sistem pelengkap dalam memajukan potensi modal insan di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Seragam di sini, pagi semalam.

Turut sama hadir Shabidin Entubu wakil Residen Bahagian Sarikei, Ismail bin Abang Mahamud Pegawai Pelajaran Daerah Meradong, Hanetta Sarenau Howell wakil Yayasan Sarawak, Hii Kwong Ung pengertua SMK Bandar Bintangor, Matthew anak Manggang Yang Di Pertua SMK Bandar Bintangor dan ketua-ketua jabatan serta guru dan ibu bapa.

Terdahulu Pegawai Pelajaran Daerah Meradong Ismail bin Abg Mahamud dalam ucapannya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Sarawak kerana telah sudi menjadi agensi yang membantu kira-kira 250 orang murid-murid yang akan menerima pakaian seragam, beg sekolah dan kasut sekolah.

"Seramai 250 orang murid-murid menerima baucer ini menerusi kurang kemampuan.

"Kesemua mereka ini menerima peralatan sekolah yang lengkap seperti pakaian seragam dan beg sekolah

"Diharap pelajar yang menerima bantuan ini akan meningkatkan pelajaran mereka dan mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan," katanya.

Dalam memastikan penyampaian baucer ini terus kepada murid-murid terpilih, pemilihannya terdiri daripada ibu bapa yang miskin tegar dan berdaftar dalam e-kasih.

Ketahuilah bahawa pendidikan merupakan kunci kejayaan seseorang pelajar kerana hanya pendidikan mampu mengubah kehidupan mereka dan berbesar hati serta bangga merasmikan Majlis Penyerahan Baucer Bantuan Pakaian Seragam oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi Dewan Undangan Negeru (DUN) N.46 Meradong ahun 2017.

Pada majlis itu juga Ding menyampaikan sumbangan Ding berjumlah RM5,000 dan RM20,000 kepada YDP SMK Bandar Bintangor untuk pembangunan dan aktiviti sekolah . -KLXpress/LeyCheeHua-