20
Rab, Sep

Ahmad Zahid Adakan Lawatan Rasmi Dua Hari Ke Sarawak

Sarawak
Typography

SIBU - Timbalan Perdana Menteri Datuk Patinggi Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini bagi mengadakan lawatan ke Sibu selama dua hari.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sibu yang diiringi hujan pada jam 6.33 petang telah disambut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg dan beberapa menteri, menteri muda dan ahli-ahli komponen Barisan Nasional (BN).

Beliau akan mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby seawal jam 845 pagi dan diikuti lawatan kerja ke SMK Durin, Sibu pada jam 10 pagi.

Pada jam 11 pagi, beliau akan melawat SK Ulu Sg.Salim dan sebelum ke SK Kpg. Banyok pada jam 12 tengah hari.

Sebelum mengakhiri lawatan kerja di Sibu, Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu pada jam 1 petang.

Turut sama hadir Datuk Amar Awg Tengah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pelajaran Malaysia, Dato'Sri Wong Soon Koh, Menteri Kewangan ke-2, Prof. Datuk Dr. Sim Kim Hui, Menteri Kerajaan Tempatan, Dr. Annuar bin Hj Ra'paee, Menteri Muda Penyelidikan Sains dan Bioteknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka, Datuk Tiong Thai King, ADUN Dudong, Roland Duat, ADUN Meluan, Hii Chang Kee, Residen Bahagian Sibu, Ketua dan wakil jabatan kerajaan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.