17
Sel, Okt

Jalan Utama Tudan Miri Hampir Siap Dan Akan Dibuka Bulan Depan

Sarawak
Typography

MIRI - Jalan Utama Tudan yang mempunyai empat lorong dan sepanjang 3.5 kilometer telah dirasmikan Menteri Muda Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Datuk Lee Kim Shin di sini pagi tadi.

Bagaimanapun, projek naik taraf jalan tersebut yang menelan belanja sebanyak RM42.8 juta itu hanya akan dibuka kepada orang ramai pada bulan depan ekoran terdapat beberapa kerja-kerja akhir melibatkan  lampu jalan yang terpaksa disiapkan semula. 

Hadir sama di majlis itu, Datuk Bandar Miri Adam Yii, jurutera-jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan LAKU Sdn Bhd.

Terdahulu, projek tersebut telah dirasmikan pembinaannya oleh bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong pada 12 Ogos 2015 lepas.

Siapnya jalan ini akan mengurangkan kesesakan teruk lalu lintas yang serius terutamanya pada waktu puncak sekali gus memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya di sekitar Tudan, Senadin, Poliklinik Tudan, Pasaraya Emart dan SK Tudan di berhampiran. -KLXpress/LauLeeHie-