17
Sel, Okt

Awang Tengah Terima Kunjungan Hormat Anifah Aman

Sarawak
Typography

KUCHING - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menerima kunjungan daripada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Sumber Alam, Petra Jaya Kuching, petang tadi. 

Kunjungan tersebut merupakan sebahagian daripada program lawatan kerja beliau ke Kuching bermula dari semalam hingga hari ini. 

Anifah turut berkesempatan untuk menghadiri ceramah mengenai Issues and Challenges in Managing Malaysias Foreign Relations di Arena Gemilang, DeTAR Putra, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), pagi semalam.

 

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, pegawai-pegawai kanan Kementerian Luar.