13
Rab, Dis

TYT Sarawak Hadiri Mesyuarat Hari Kedua Majlis Raja- Raja Kali Ke-247

Sarawak
Typography

KUALA LUMPUR - TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-247, yang berlangsung di Istana Negara, di sini, semalam.

Kehadiran Tun Taib turut diiringi oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg.

Mesyuarat tersebut yang bermula semalam telah dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan turut dihadiri oleh semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan diwakili oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Johor diwakili oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris. 

Pada mesyuarat itu juga, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri diiringi oleh Ketua-ketua Menteri. 

Mesyuarat hari kedua semalam juga turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V diiringi oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Razak.