17
Sel, Okt

Lelaki Dilaporkan Hilang Ketika Ke Kebun Lada Ditemui Selamat

Sarawak
Typography

SERIAN – Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dilaporkan hilang ketika keluar dari rumahnya di Kampung Tesu Kura, Tebedu, di sini untuk ke kebun lada miliknya di Kolok Puteh, Jalan Tebedu pada pagi Selasa lepas telah ditemui selamat di sini, semalam.

Mangsa, Peter anak Ben dilaporkan keluar dengan sendiri dari kebun miliknya pada jam 9.15 malam dalam keadaan selamat.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, sebaik mangsa keluar beliau terus dibawa ke klinik kesihatan Tebedu.

“Mangsa telah dibawa ke klinik kesihatan Tebedu oleh Unit EMRS Bomba yang berada di lokasi kejadian untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa juga tiada mengalami sebarang kecederaan dan sebaik mangsa ditemui, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan pada jam 8 malam,” katanya.

Terdahulu, merujuk kepada laporan pihak polis pada 10 Oktober lepas, sekitar jam 6.00 pagi mangsa telah keluar dari rumahnya di Kampung Tesu Kura, Tebedu, Serian.

Namun, sehingga semalam mangsa didapati tidak pulang kerumah di mana ahli keluarga dan penduduk kampung telah melakukan pencarian awal mangsa di lokasi kejadian.

“Pencarian awal gagal menemui mangsa dan kemudiannya ahli keluarga telah membuat laporan di Balai Polis Tebedu untuk mendapatkan bantuan mencari mangsa.

 

“Pihak polis kemudiannya menghubungi Bomba dan operasi SAR kemudiannya digerakkan serta merta pada pagi semalam untuk mencari mangsa,” ujarnya.