24
Jum, Nov

Operasi NBOS PPM Wilayah 5 Dan SFC Berjaya Rampas Kayu Balak Dan Jentera Bernilai Hampir Setengah Juta

Sarawak
Typography

KUCHING - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 bersama Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) berjaya merampas kayu balak dan jentera dalam satu serbuan di Kampung Dit, Debak pagi tadi.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak ACP Salehuddin bin Mat Zaman berkata pihaknya seramai 7 orang bersama 6 orang pegawai SFC telah menjalankan Operasi Bersama dan berjaya menemui sejumlah kayu balak yang dipercayai ditebang secara haram.

"Pada jam 9.05 pagi tadi, sepasukan anggota PPM Wilayah 5 bersama anggota SFC telah melakukan serbuan di kem balak yang beroperasi secara haram di Kampung Dit, Debak.

"Dalam serbuan yang menggunakan dua buah kenderaan SFC, pihak kami telah merampas dua buah jentera berat (Excavator Hitachi), seorang pekerja bersama gergaji berantai dan 39 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis.

"Nilai kayu balak yang dirampas dianggarkan berjumlah RM13,750, gergaji RM1,500 dan excavator bernilai RM450,000," katanya dalam satu kenyataan kepada media petang ini tadi.

Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Debak dan kes diserahkan kepada Jabatan Hutan Sarawak Bahagian Sarikei untuk disiasat di bawah Orbinan Akta Perhutanan 2015.

 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.