24
Jum, Nov

Salvation Army Boys Home Terima Hadiah Krismas Awal Pada Tahun Ini

Sarawak
Typography

KUCHING – Wajah kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak Pusat Salvation Army Boys Home Kuching apabila mereka telah menerima kunjungan daripada rombongan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri (SABATI) yang diketuai oleh isteri Ketua Menteri Sarawak, Datin Amar Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang di sini, pada Jumaat lepas.

Kunjungan yang julung kali diadakan oleh SABATI ke pusat tersebut membuktikan tiada pihak yang ketinggalan dalam senarai SABATI dalam merealisasikan objektif utama mereka iaitu melaksanakan kerja-kerja amal dan kebajikan seperti menghulur bantuan kepada anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal serta balu termasuk keluarga asnaf atau individu yang menghadapi kesusahan.

Kunjungan muhibbah sempena sambutan Hari Krismas ini diselaraskan oleh Timbalan Presiden SABATI, Datin Amar Doreen Mayang, merangkap Ketua Exco Kebajikan SABATI, membawa keceriaan kepada penghuni di sini apabila menerima hadiah dan sumbangan wang tunai setiap seorang.

Selain itu, SABATI juga menyumbangkan beberapa perabut rumah untuk menggantikan yang rosak dan usang di pusat ini, seperti set sofa baru, rak barangan dapur dan pelbagai lagi dengan kos RM5,500.

Menurut Ketua The Salvation Army Kuching Boys Home, Major Francis Ng, terdapat 33 orang penghuni di pusat ini, dalam lingkungan umur 7 hingga 17 tahun.

Turut hadir Datin Dr. Zaleha Abdullah, Superintenden Salvation Army Boys Home, Major Mary Ng dan ahli-ahli SABATI.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.