14
Kha, Dis

Dr Abdul Rahman Mengadakan Lawatan Kerja Ke India

Sarawak
Typography

KUCHING - Menteri Muda Pertanian, Dr Abdul Rahman Ismail dan rombongan mengadakan lawatan kerja ke India bermula 5 sehingga 11 Disember ini.

 Lawatan pertama beliau dan rombongan adalah ke Jabatan Penternakan Haiwan di Maharashtra Gokhale Nagar, Mumbai yang bertujuan untuk meninjau dan mempelajari kaedah sektor penternakan kerbau tenusu di India.

Mereka juga diberi taklimat mengenai keseluruhan proses bermula dari pengeluaran ladang, pemasaran produk dan langkah-langkah untuk memastikan kebersihan dan keselamatan produk berasaskan kerbau tenusu.

Selain itu, mereka turut diberi taklimat mengenai langkah pencegahan Kerajaan India mengawal dan mengekalkan status bebas Penyakit Kaki dan Mulut (FMD) dengan menggunakan kaedah penggunaan vaksin.

Lawatan tersebut akan diteruskan dengan melawat beberapa jabatan kerajaan, lading serta syarikat swasta di Aurangabad dan Mumbai yang terlibat dalam sektor penternakan kerbau di negara itu.

 Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transfromasi Sosio Ekonomi) Datu Ismawi Ismuni, Konsul Jeneral Malaysia di Mumbai, India Zainal Azlan Mohd Nadzir, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan, Pertanian dan Pembangunan Ekonomi Luar Bandar Paul Vincent Ritom dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Dr Adrian Susin Ambud.