23
Sel, Okt

FAS Turunkan Harga Tiket Perlawanan Bola Sepak Liga Malaysia 2018

Sarawak
Typography

KUCHING - Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) mengambil tindakan drastik apabila mengurangkan harga tiket bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 membabitkan pasukan Sarawak di Stadium Negeri Sarawak.

Penurunan harga tiket dan pengenalan pakej 'Platinum Pass' dan 'Gold Pass' membolehkan peminat-peminat bola sepak tempatan datang beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan mereka Ngap Sayot bagi musim 2018 yang akan membuka tirainya pada awal Februari ini.

Pakej ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pas semusim 2018 atau pas mengikut perlawanan mengikut dewasa dan kanak-kanak.

Bagi pas semusim 2018, harga bagi 'Platinium' untuk dewasa ialah RM3,000 manakala kanak-kanak di bawah 15 tahun adalah percuma.

Sementara itu, bagi tempat duduk terbuka di bahagian A dan B, dewasa berharga RM120 manakala, kanak-kanak di bawah 15 tahun hanya RM60 separuh daripada harga dewasa.

Bagi tempat duduk berbumbung di bahagian A dan B, harga bagi dewasa ialah RM160 manakala kanak-kanak RM80 dan tempat duduk berbumbung bahagian C, harga bagi dewasa RM180 dan kanak-kanak di bawah 15 tahun berharga RM90.

Berbeza pula dengan harga bagi mengikut perlawanan di mana 'Gold Pass' bagi dewasa berjumlah RM200 manakala, kanak-kanak di bawah 15 tahun adalah percuma.

Bagi peminat bola sepak yang menonton di kawasan tempat duduk terbuka di bahagian A dan B, harga tiket bagi dewasa ialah RM10 manakala kanak-kanak di bawah 15 tahun dikenakan bayaran RM5.

Harga tiket bagi kawasan berbumbung di kawasan A, B dan C, dewasa dikenakan bayaran RM15 manakala kanak-kanak di bawah 15 tahun sebanyak RM7.

Dalam pada itu, FAS memaklumkan tiket semusim yang ditempah boleh digunakan bagi semua Liga Malaysia 2018 seperti Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagi pemegang 'Platinium Pass' mereka boleh menikmati perlawanan bola sepak di kawasan 'King of Croc Lounge' manakala, pemegang 'Gold Ticket' akan menyaksikan bola sepak di kawasan 'Ruang Legar Lounge'.

Berbeza musim lepas, pada musim 2018 tiada pembelian tiket atas talian sebaliknya tiket-tiket bagi menyaksikan perlawanan bola sepak Sarawak dijual dan boleh didapati di premis Lea Sports Centre Store di Wisma Hoph, Sarawak Plaza, City One dan Kuching Sentral.

Manakala, tiket-tiket bola sepak Liga Malaysia 2018 juga boleh didapati di Stadium Negeri Sarawak pada hari perlawanan.

Buat peminat yang ingin mendapatkan Platinium Pass dan Gold VIP Corporate boleh menghubungi Tuan Haji Mohamad Fuad di talian 012-8083445 dan Junetta Maldamainda di talian 011-12643601.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.