17
Rab, Okt

Tebingan Kuching Akan Bercahaya Sempena Majlis Agenda DBKU 26 Hingga 28 Januari Ini

Sarawak
Typography

KUCHING - Tebingan Kuching akan bercahaya dengan diwarnai dengan dekorasi lampu hiasan seperti Taman Tema i-City Shah Alam bersempena Majlis Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang akan diadakan di Tebingan Kuching di sini.

Pegawai Perhubungan Awam DBKU Norhayati Bidin berkata dengan tema Digitalisation Towards Smart And Friendly City, Majlis Agenda DBKU akan mampu memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga kota Kuching.

"Majlis Agenda DBKU diadakan bagi memupuk perpaduan dan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan warga kota Kuching sejajar dengan fokus dan agenda DBKU iaitu memperkasakan Komuniti Kuching Utara (Komunitiku).

"Sehubungan itu, seluruh warga Kuching dijemput hadir bagi memeriahkan dan merasai kehangatan Majlis Agenda DBKU pada 26, 27 dan 28 Januari nanti," katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan di sepanjang penganjuran Majlis Agenda DBKU 2018 antaranya ekspo pameran e-Goverment/Mini UTC, Ekspo Digital #MA2018, Ceramah Perdana Bersama Yang Berbahagia Datuk Ustaz Kazim Elias, dapurKu, flea market, food truck dan DBKU On The Move (DOTM), Kaunter Bergerak dan Kiddies Corner.

Juga, diadakan Games Pavilion, Tabacoo Free Generation Talk, Unity Martial Arts Showcase, KOnsert Millenia 2018, Jom Berekot 2.0, Musical Sunday Kick Off, The North Band Show dan Pameran KomunitiKu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Mohammad Azlan Mohamed dan Fleming Michael di talian 082-512200 (Sambungan 2204/2311).