19
Kha, Jul

Acara Nyalaan Lilin Sempena Memperingati Allahyarham Pehin Seri Adenan Satem

Sarawak
Typography

SIBU - Pelbagai pihak telah menganjurkan acara mengikut cara tersendiri dalam memperingati setahun pemergian ke rahmatullah bekas Ketua Menteri Sarawak ke 5, Pehin Seri Adenan Satem pada 11 Januari 2017 yang lalu.

Di Sibu, biarpun hujan lebat melanda bandar tersebut, satu program nyalaan lilin telah dianjurkan oleh Parti Rakyat Bersatu (SUPP) bertempat di Pintu Gerbang Sibu pada malam tadi.

Program tersebut dihadiri kira-kira 90 orang masyarakat setempat di mana turut dihadiri oleh beberapa wakil daripada kompenan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Sementara itu, menurut Ketua Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Parlimen Lanang yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bukit Assek, Chieng Buong Toon, program nyalaan lilin tersebut dianjur bersama dengan lima cawangan parti SUPP Sibu dan Lanang bagi memperingati Allahyarham Adenan Satem atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Nan.

“Pada malam ini kita bersama lima cawangan Parti SUPP Sibu dan Lanang bagi memperingati Arwah Pehin Seri Adenan Satem seperti yang kita maklum beliau sudah setahun meninggalkan kita semua. 

“Arwah Tok Nan seorang Ketua Menteri yang bijaksanaan dan dekat di hati rakyat dan beliau telah mengurus negeri ini dengan baik sekali dan berani menuntut keadilan bagi menjaga hak rakyat Sarawak,” katanya.

Tambahnya lagi, Arwah Tok Nan juga telah merancang visi pembangunan untuk semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama dan beliau selayaknya menerima penghormatan daripada semua rakyat Sarawak. 

“Semasa pemerintahan Tok Nan, beliau tidak pernah menyingkirkan keperluan kaum Cina memyelesaikan isu UEC dan pendidikan sekolah Cina.

“Di bawah kepimpinannya juga, pelbagai isu telah diselesaikan demi kepentingan rakyat Sarawak terutama sekali bagi penduduk luar bandar dan turut memansuhkan beberapa tol demi meringankan beban rakyat.

“Dan pada malam ini, kami dan juga penyokong berkumpul bagi memberi penghormatan sempena setahun pemergian beliau dan SUPP akan terus menyokong kepimpinan BN dan akan berkerja keras bagi memenangi BN pada Pilihan Raya Umum nanti," ujarnya lagi.

Pada  aktiviti menyalakan lilin pada malam tadi juga, SUPP turut menyediakan buku untuk ditandatangani oleh orang ramai bagi memperingati Tok Nan.

Turut hadir sama pada program malam tadi ialah Joseph Chieng Jin Ek, Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukut Assek, Chua Beng Seng, Pengerusi SUPP Cawangan Nangka dan Ketua masyarakat dan Kaunselor. -KLXpress/Jeanie R.Abit-