24
Kha, Mei

Fadillah, Empiang Tidak Pertahan Jawatan Masing-Masing

Sarawak
Typography

KUCHING - Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan datang menyaksikan tiada pertandingan untuk untuk empat jawatan iaitu dua jawatan Timbalan Presiden dan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda serta Ketua Pergerakan Wanita.

Presiden Parti PBB Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg berkata, keempat-empat jawatan itu akan dipilih setelah perundingan secara konsensus serta mendapatkan pandangan pemimpin sedia ada dalam menentukan bakal pemimpin atau ketua.

Beliau berkata demikian setelah mengumumkan bahawa Datuk Seri Fadillah Yusof dan Puan Sri Empiang Jabu tidak mempertahankan jawatan masing-masing dan jawatan tersebut tidak akan dipertandingkan pada Perhimpunan Agung Parti PBB yang dijadualkan pada 9 hingga 11 Februari depan.

"Kita telah mencapai kesepakatan untuk tidak dipertandingan jawatan-jawatan tersebut dan dipilih berdasarkan rundingan.

"Pemilihan kedua-dua jawatan Ketua Wanita dan Pemuda ini akan dipilih berdasarkan persepakatan dalam pimpinan parti yang mana sebelum ini iaitu Puan Sri Empiang yang memegang jawatan Ketua Wanita adalah daripada sayap Pesaka manakala, Ketua Pemuda daripada sayap Bumiputera, jadi Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) telah mencapai sepakat secara konsensus untuk memilih calon Ketua Wanita daripada sayap Bumiputera manakala calon Ketua Pemuda daripada sayap Pesaka," katanya lagi dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MKT Parti PBB di Ibu Pejabat PBB Jalan Bako di sini semalam.

Dalam pada itu juga, beliau juga menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib akan merasmikan Perhimpunan Agung PBB kelak. 

Hadir bersama pemangku Timbalan Presiden Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Puan Sri Empiang Jabu, Datuk Seri Fadillah serta ahli-ahli MKT lain.