17
Isn, Dis

Ketua Menteri Terima Tiga Kunjungan Hormat Pada Isnin Lepas

Sarawak
Typography

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg pada Isnin lepas telah menerima tiga kunjungan hormat di pejabat beliau, di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kunjungan hormat ini dimulakan dengan Pengarah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PESPEN) Kuching Iskandar Turkee. 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan PUSPEN bersama kerajaan negeri dalam usaha memastikan Sarawak bebas daripada ancaman penyalahgunaan dadah menerusi program Pemerkasaan Komuniti Dalam Menangani Permasalahan Dadah yang akan diadakan dalam masa terdekat. 

Sejurus selepas itu, Abang Johari menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia Cawangan Sarawak Sr Hafsah Ghazali. 

Kunjungan hormat ini diadakan berhubung pelantikan juruukur kuantiti bagi kerja kejuruteraan awam di Sarawak sebagai pengamal juruukur kuantiti yang berdaftar. 

Abang Johari turut menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sarawak Dirwana Azool. 

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk meningkatkan usaha penglibatan rukun tetangga dalam menjayakan program-program kejiranan dalam usaha untuk merancang program integrasi belia yang melibatkan 976 rukun tetangga di Sarawak melalui aspek budaya dan kemahiran. 

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.