25
Sel, Sep

Abang Johari Terima Kunjungan Hormat Daripada Lima Delegasi Pada Rabu Lepas

Sarawak
Typography

KUCHING - Pada Rabu lalu,  Ketua Menteri Datuk Patinggi Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg telah menerima lima kunjungan hormat daripada pelbagai pihak di pejabat beliau, di Wisma Bapa Malaysia di sini.

Kunjungan hormat tersebut dimulakan dengan Persatuan Bekas Polis Cawangan Negeri Sarawak yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sarawak ASP (B) Benjamin Gersit Jais bersama Persatuan Alumni Polis Sarawak yang diketuai oleh Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai sebagai Presiden. 

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Polis Malaysia Negeri Sarawak yang baru dilantik bagi Sesi 2018/2020 yang kini menpunyai 1,723 orang keahlian.

Manakala kunjungan kedua pula adalah  daripada delegasi  Persatuan Bersara Sarawak yang diketuai oleh Presiden Persatuan Bersara Sarawak Julaihi Ismail. 

Persatuan yang ditubuhkan sejak pada tahun  1971 ini mengadakan kunjungan hormat kepada Abang Johari bertujuan untuk memohon bangunan yang digunakan secara sementara di Jalan Resorvoir, Kuching yang telah digunakan sejak 10 tahun lalu, bagi diberikan secara milik tetap.

Seterusnya, Ketua Menteri menerima kunjungan daripada Pertubuhan Arkitek Malaysia Sarawak Chapter (PAMSC) yang diketuai oleh Presiden PAM Sarawak Chapter Boon Joon Hin. 

Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan PAMSC yang kini bergiat aktif dalam penglibatan jawatankuasa bersama perundingan teknikal (JTCC) dan mempromosikan indeks bangunan hijau (GBI) kepada Abang Johari. 

Delegasi seterusnya daripada Pertubuhan Sikh Miri yang diketuai oleh Presiden Narmal Singh.

Kunjungan hormat ini diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri yang mengamalkan konsep polisi terbuka dan pada masa yang sama, perjumpaan ini turut menjemput Abang Johari bagi program Majlis Makan Malam Tahunan yang dijadualkan pada bulan Mac ini di Miri. 

Manakala kunjungan yang terakhir pada hari tersebut adalah delegasi daripada Malaysian Dental Association Eastern Zone (MDAEZ) yang diketuai oleh Presiden MDAEZ Dr James Chhoa.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk menjemput Abang Johari bagi Majlis Perasmian 8th Borneo Dental Congress yang bakal diadakan di Kuching pada 23-25 Mac ini.

Turut hadir, Presiden 8th Borneo Dental Congress Dr Sim Wen Sann dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian) Dr Chia Jit Chie.