21
Ahd, Jan

Ketua Menteri  Hadir Majlis Hol Tahun Pertama Allahyarham Pehin  Sri Adenan Satem

Sarawak
Typography

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abdul Rahman Zohari Tun Openg menghadiri Majlis Tahlil sempena setahun pemergian Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem di Damai Jaya, Jalan Sultan Tengah pada malam Jumaat lepas. 

Adenan yang merupakan mantan Ketua Menteri kelima yang  dilantik pada 28 Februari 2014 telah meninggal dunia pada 11 Januari 2017 di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan akibat komplikasi jantung.

Majlis pada malam tersebut dimulakan dengan sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah disusuli dengan Bacaan Surah Yassin dan diakhiri dengan sembahyang Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Imam Besar Negeri Sarawak Sahibul Fadilah Mustapha Kamal Ahmad Fauzi.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.